Saturday, March 22, 2014

Ikhtiar lagi..makanan sunnah dan impaknya.

Assalam..semua..!

Kalau masih ingat entri saya tentang sakit yang saya alami..sekian lama sudah..cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 3 tahun. Begitu..hidup diteruskan dengan rahmat dan pertolongan dari Allah. Keluhan dulu..lebih hebat sakinya sebab baru terkena dan lama kelamaan mulai menyesuaikan diri....

Sekarang lebih kuat..kerana sudah terbiasa dengan keadaan sakit ini. 

Ibaratnya kalau kereta rosak....tentu enjinnya mati dan tidak boleh bergerak lagi ke mana-mana pun sebab sudah rosak. Tapi seorang manusia..suisnya jalan terusss...mana boleh dimatikan..Sakit pun kena bergerak kerana sunnatullah. Begitulah Allah yg membuatnya.

Terkini..cuba berubat di Beranang. Kaedahnya biasa kerana pernah dibuat sebelum sebelum ini....Manipulation spine dengan melakukan gerakan dan urutan. 

Berbeza kerana nasihat-nasihat yang segar dan katanya kembalilah kepada makanan sunnah.

Yanni - Live At The Acropolis (Full Album)





Suka pada irama classical instrumentnya.

Tuesday, March 18, 2014

Pagi..!! ESQ Lagi

Assalamualaikum..semua...

Seruan pagi ini tidak kira pagi atau petang. Sebagai tanda semangat. Tambahan pula waktu pagi biasanya semangat masih tinggi..jadi tak kira tengahari atau petang..trainer akan kejutkan peserta dengan sergahan pagi!

Huhu..rindu pulak rasanya.

Hari tu dah cerita pasal prinsip fitrah dan suara hati.

Fitrah manusia suka yang baik-baik...dan tidak suka kepada yang jahat.

Itu fitrah. Masa kita dilahirkan pon dikata fitrah suci..bila kita dah meningkat dewasa banyak pengaruh negatif..maka fitrah itu telah tercemar...maka kita kena bersihkan hati kita..dengan kembali kepada Allah yang satu.

Satu dosa satu titik hitam. Maka bersihkan ia dengan istighfar..

Hari kedua diperkenalkan dengan prinsip Emotional Quotient (EQ) - ada 6 Prinsip. Based on rukun iman.

Yang paling best - gerakan untuk ilangkan ngantuk..lagu muhammad ali..the black superman...bertinju mcm muhamad ali..


All is well. Dengan kehendakMu.

Friday, March 14, 2014

ESQ Angkatan 3..2014.

Hari Pertama..

Terpegun dengan visual bintang-bintang dan cakerawala..Alam dan seluruh isinya termasuk apa yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah. Tetap ditempatnya..tidak berganjak sedikitpun dari orbitnya/paksinya.

Kita...? Adakala lupa..

Allah ada banyak ciptaannya..tapi kita hanya ada satu pencipta acapkali lupakan dia.

Lagu ini yang menyentap hati saya..meluluhkan jiwa..cair..huhu...


Sebenarnya setiap dari kita miliki suara hati nurani. Suara hati ini lah selalunya memandu kita kepada sikap dan akhlaq yang baik. Suara hati ini yang kita cari dan rindui kerana ia ada hubungkaitnya dengan sifat-sifat Allah. Suara hati ini jika dilatih dan diasah dengan sebaiknya boleh menjadikan seseorang itu cemerlang dalam kerjaan sehariannya. Kita marah/tidak suka kepada perkara-perkara yang tidak baik atau kurang baik. Itu lumrah emosi manusia. Kita suka kasih sayang, orang yang jujur, orang yang ikhlas.

Suara hati ini kerap kali tidak diendahkan...maka terjadilah orang yang negatif. Penuh persepsi.

Persepsi atau dalam bahasa ringkas nya bersangka-sangka itulah yang menutupi hati kita. Membelenggu minda kita. Menjadikan kita seperti tidak percaya sesuatu perkara itu telahpun direncanakan oleh Allah. Maka mohon Allah pandu hati kita untuk menyelesaikan apa saja perkara.

Banyakkan istighfar wahai sahabat..! Untuk menghilangkan belenggu itu.



Ku mohon wahai Allah..kekalkanlah sifat baik yang ada dalam jiwa ini dan juga sahabat-sahabatku. AMIN!!

Sebelum kami menghadapMu ya Allah..moga Kalam Akhir kami menyebut LA ILAHA ILLALLAH..




Alfaqir ilallah..




Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...