Wednesday, April 18, 2012

Meh kita kira..

Untuk renungan


Solat itu wajib - 'ala kulli muslim.


Tapi ramai je tak faham bacaan dalam solat. Contoh: bacaan wajib - Al-fatihah


Jika tak faham-macamana nak khusyuk & rasa nikmat sebagai hamba yang meminta..sedangkan kita tak faham apa yg kita minta. Meh kita kira berapa kali kita baca fatihah sepanjang hidup kita..


Kita baca fatihah 17 kali sehari (Zohor - 4, Asar - 4, Maghrib- 3, Isya' - 4 dan Subuh - 2) 


Sehari - 17 kali


Sebulan - 17 x 30 = 510 kali


Setahun - 17 x 365 = 6205 kali


Kalu selama 40 tahun (bi iznillah) - 248200 kali

Andaian : tiada keuzuran.



Hermmm...banyak tu! Tapi sedih sebab baca berkali-kali pun tiada faham. Sebab apa? 


1) Ikut-ikutan..- (ada kata dari kecik dah ikut orang buat sampai besar pun ikuttt je laa...) 


2) Tidak peduli - tidak rasa berat utk belajar sbb rasa macam dah tau semua..(ye ke..?)


3) Tidak endah - dah lahir sebagai islam, tak rasa perlu perbaharui ilmu..
.
So...fikir-fikirkan - Akak hanya sampaikan supaya nanti kita tidak berdakwa dakwi di akhirat sebagaimana Kalam Allah - 


Gunakanlah apa sahaja yang Allah – Jalla wa ‘Alā – kurniakan di dunia ini untuk mencari bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. (28:77) Tiada yang merasa aman daripada kemurkaan dan seksaan Allah kecuali orang-orang yang rugi. (7:99)





Barakallahulakum!



Perkongsian Bacaan: Wanita Solehah


Seorang muallaf yang baru beberapa bulan memeluk Islam pernah bertanya kepada saya: “Apakah maksud solehah? Saya ingin menjadi wanita solehah tetapi belum menemui maksud solehah menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.”
Maksud solehah? Tentu mudah sebab kita biasa mendengar sebutan “lelaki soleh” dan “wanita solehah”. Akan tetapi maksud solehah menurut al-Qur’an dan al-Sunnah? Saya sendiri terdiam sebentar. 40 tahun saya sebagai seorang muslim, tidak pernah tertanya soalan ini. Beberapa bulan sebagai seorang muslimat, sudah bertanya soalan yang penting ini.
Tersipu-sipu kerana tidak tahu jawapan yang tepat, saya menjawab mudah: “Wanita solehah ialah wanita yang selalu berbuat baik, iaitu kebaikan-kebaikan yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.”

Surah Ali Imran, Ayat 114
Baru-baru ini ketika sedang menelaah al-Qur’an, saya membaca ayat 114 surah Ali Imran yang bermaksud: 
Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Penghujung ayat ini: Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh segera menangkap perhatian saya kerana ia menjelaskan ciri-ciri orang yang soleh. Alhamdulillah, saya bergembira kerana telah menemui jawapannya dan sudah tentu tiada jawapan yang terbaik melainkan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Atas kegembiraan ini juga, saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian maksud – atau lebih tepat – ciri-ciri orang yang soleh. Marilah kita mengupas setiap ciri tersebut.

Beriman Kepada Allah dan Hari Akhirat.
Ciri pertama seorang yang soleh ialah dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Meski pun ayat ini hanya menyebut Allah dan Hari Akhirat, ia sebenarnya merangkumi semua rukun iman yang enam iaitu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, Hari Akhirat dan taqdir. Ini kerana sesiapa yang beriman kepada Allah akan beriman kepada semua rukun iman yang lain dan sesiapa yang beriman kepada Hari Akhirat akan beriman bahawa dia akan disoal berkenaan rukun-rukun iman yang lain. Justeru memadai disebut dua rukun iman kerana ia merangkumi semua rukun iman yang lain.

Menyuruh Kepada Segala Perkara Yang Baik
Ciri kedua seorang yang soleh ialah dia menyuruh atau menganjurkan kepada segala perkara yang baik. Orang yang soleh tidak bangun solat subuh berseorangan tetapi turut mengejutkan dari tidur ahli keluarga atau rakan-rakan seasrama agar dapat sama-sama bersolat subuh. Orang yang soleh tidak sekadar menutup aurat dirinya tetapi mengajak ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk turut berpakaian yang menutup aurat.
Dalam erti kata lain, orang yang soleh tidak soleh secara bersendirian tetapi mengajak orang-orang di sekelilingnya untuk turut menjadi soleh.

Melarang Daripada Segala Perkara Yang Salah
Tidak sekadar menyuruh kepada kebaikan, orang yang soleh juga melarang daripada segala bentuk kesalahan. Orang yang soleh contohnya, tidak pergi ke kelab-kelab malam dan menegah ahli keluarga serta rakan-rakan daripada pergi ke kelab-kelab malam.  Orang yang soleh juga tidak membaca ramalan-ramalan bintang kelahiran (horoscope) dan menegah orang lain daripada membaca ramalan-ramalan tersebut. Ini kerana yang diharamkan oleh Islam bukan sekadar mempercayai ramalan-ramalan tetapi diharamkan juga untuk memberi perhatian kepadanya.
Oleh itu orang soleh tidak sekadar menjauhi perkara-perkara salah (mungkar) tetapi juga menasihati, menegur dan melarang orang lain daripada mendekati perkara-perkara salah tersebut. 

Segera Mengerjakan Pelbagai Kebajikan
Orang yang soleh tidak cukup berbuat pelbagai kebajikan. Tahapnya lebih tinggi dari itu, yakni dia segera membuat pelbagai kebajikan. Orang yang soleh tidak cukup solat lima waktu sehari, tetapi dia mendirikan solat-solat tersebut pada awal waktu. Orang yang soleh apabila melihat iklan kempen mengutip derma, tidak akan menderma pada hari akhir kutipan tetapi segera menderma sebaik saja melihat iklan tersebut. Orang yang soleh apabila mendengar ibu atau bapanya dalam suasana keperluan, tidak akan menunda-nunda tetapi segera balik ke kampung untuk menolong. 
Lelaki dan wanita yang berusaha menepati ciri-ciri inilah yang layak disebut: Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.


Sumber: hafizfirdaus.com

Orang Yang Fasik

Salam

a) Allah berfirman di dalam kitabnya yang agung - ciri orang fasik adalah seperti :

1)Firaun - takabbur dan zalim


(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.



2) Kaum nabi Luth yang derhaka 


Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.



3) Kaum Nabi Nuh yang derhaka 


Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.



4) Orang yang ingkar akan perintah Allah adalah orang fasik.


Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.



b) Ancaman Allah terhadap orang yang fasik - 

Tiada mendapat hidayah


(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.




Menerima azab seksa kerana keingkaran mereka.

Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik.



Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.


c) Selidikilah dulu cerita yang dibawanya..

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

p/s: Cuba letak jari di depan mata -  nampak tak..? (mestila nampak jari ye tak..kalau tak nampak apa pulak..) Then jari tadi cuba letak kat bawah dagu..ada nampak ka..?

Begitu juga Akhirat - analoginya sama iaitu kena letak di depan mata baru nampak ..rather than tersembunyi - tak nampak apa dan tiada manfaat

Sekian, wasalamm..

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...