Saturday, November 26, 2011

Kenapa saya suka cerita Jewel in the palace...

Untuk sinopsis cerita: anda boleh baca di sini 

Lagu yang best: Ha mang Yeon




Antara Review yang saya baca di kebanyakan blog dan review saya sendiri:
  • “Dae Jang Geum (DJG) embodies the sort of qualities and values that we would like our children to have,”
  • “Dae Jang Geum is a strong character who never gives up, no matter how tough the problem,”
  • “She is also a good role model to girls, because she fought against the male-dominated hierarchy and sexism of her time.”
  • Makanan menyatukan hati manusia dan mewarnai kehidupan
  • Ubat mendatangkan ketenangan jika sembuh, menimbulkan kegelisahan kalau masih belum bertemu penawarnya.
  • Pertalian antara ibu dan anak bonded sampai bila-bila...episod paling sedih masa ibu DJG mati dan DJG masih kecil.
  • Hargai orang-orang yang hadir di sekeliling kita.
  • Dae Jang Geum: Tidak ada yang mustahil untuk dilakukan- semuanya boleh. Dia adalah tukang masak yang kemudiannya menjadi tabib perempuan.
  • Kehebatan cinta Tuan Min Jung Ho terhadap Dae Jang Geum - sanggup berkorban demi melihat orang yang dicintai mencapai segala apa yang dicita-citakan, malah sanggup juga mencarikan alternatif untuk membolehkan impian itu tercapai. Walaupun dihalang oleh kekuasaan Maharaja/pergolakan semasa pentadbiran Kerajaan.
  • Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan
  • Kejahatan akan dibalas dengan kejahatan
  • Buruk sangka mendatangkan mudharat zaman berzaman.
  • Maharaja walau mempunyai kuasa-tetapi masih perlu bertoleransi dan mempunyai sifat belas kasihan dan kesedaran yang tinggi.
  • Pergolakan hanya boleh diselesaikan dengan fikiran yang telus dan bijaksana serta diplomatik.
  • Belajar dan terus belajar untuk mendapatkan ilmu. Tanpa Ilmu, manusia binasa dan tidak bertamadun.
  • Buat apa pun mesti Ikhlas, kesungguhan dan keazaman
Saranan saya: 

Bila menonton cerita, penyesuaian perlu dilakukan selaras dengan lunas-lunas Islam dan peranan kita sebagai hamba Allah. Belajarlah untuk menjadi filter yang wajar dan memberi manfaat bukan mudharat. 

Disc Decompression: Satu Ikhtiar

Salam,

Alhamdulilah..dengan kudrat yang ada dan biiznillah..ikhtiar diteruskan lagi. Kali ini dengan menggunakan kaedah Disc Decompression di HSC Cheras. Bayaran - per sesi dikenakan RM250.00 jika diambil secara pakej akan jatuh lebih murah iaitu 24 sesi dengan harga RM3,600 dan pakej ini perlu diambil bersama dengan fisioterapi/exercise yang berharga RM1,632.00 kesemuanya...RM5,232.00 fuh! Mahal..mahal...memang mahal ..tapi kalau dah sakit..tentu kita tak berkira sangat dah..unless bertemu dengan kaedah lain yang lebih dipercayai dan murah..:))

Kalau ada yang bertanya..masih belum sembuh kah..? Jawapannya ialah ya masih berikhtiar bermakna masih belum sembuh sepenuhnya. Masih ada maintenance yang perlu dibuat untuk memastikan keadaan berubah jadi lebih baik.

Just nak share pengalaman - macamana kaedah rawatan Disc Decompression ini dibuat. Bila berlakunya PID iaitu singkatan kepada Prolapsed Intevetebrae Disc ia adalah keadaan di mana cakera tulang belakang adalah tertekan (pressing) sehingga menyebabkan disc yang sifatnya lembut ini "pecah" dan menekan saraf tunjang. Decompression adalah rawatan terbalik kepada masalah compressed disc. Itu aje? Well tentulah tak semudah itu sebab disc yang nak dibetulkan ini berada dalam badan..for sure kalau nak dibuat perlu berhati hati sebab kalau salah langkah boleh jadi another musibah!

Perkongsian Bacaan: Penyakit, Ubat dan Penyembuhan

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.

Nabi telah bersabda:

"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )

Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian   Allah s.w.t.  Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya  ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
  • Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.
  • Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.
  • Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.
  • Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.
  • Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.

Apa ada pada Dae Jang Geum..?

Salam sahabat sekelian,

Tidak pernah terlintas untuk menggilai cerita drama korea..selama ni tak pernah pun terbuka hati untuk tekan channel 393 (One HD) atau lain-lain saluran yang memaparkan drama korea. Tetapi, cerita ini telah mengubah persepsi saya tentang drama korea. 


Setelah menonton beberapa siri, saya mendapati terdapat aspek yang memberikan nilai positif dan impak yang besar dalam cara berfikir..Untuk makluman, Jewel In the Palace (The Great Dae Jang Geum) - yang sedang bersiaran di Alhijrah setiap Isnin-Khamis Jam 3.30 - 4.30 Petang sarat dengan nilai tersebut - Cinta, persahabatan, kasih sayang, pengorbanan, pergolakan masyarakat, hasad dengki yang sedikit/jarang kita temui dalam drama-drama melayu masa kini. Tema utamanya adalah makanan dan Ubat yang digarap sempurna hingga ada banyak pecahan cerita dan pergolakan yang berlaku akibat dari 2 benda asas yang sangat diperlukan oleh manusia sejagat raya.


Lantaran Bekerja, masa tidak membenarkan untuk menonton setiap hari melainkan hari cuti. Atas rasa simpati dan minat mendalam, mr Hubby telah memperkenankan permohonan beli DVD - siri Jewel in the Palace (70 Episode semuanya) dalam 8 keping DVD. Nantikan ulasan saya selanjutnya...Demam Dae Jang Geum!



Sunday, November 6, 2011

Rindu ini bertandang lagi..

Salam Ikhwan dan Akhawat..


Eid Mubarak! Eidul Adha 1432H..


Rasa sebak sejak dari semalam..teringat diri ini pernah hadir di tempat-tempat suci itu..memulai kembara suci @ Musim Haji 1428 terasa masih segar di ingatan...Selepas zohor semalam terbayang-bayang berada di Padang Arafah.." Berdoa pada Hari Arafah juga termasuk dalam waktu-waktu mustajab berdoa..Menurut riwayat Tirmizi, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:-"Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah"..

Sepulang dari Surau pagi tadi sekali lagi diterpa rasa sayu..rindu..ajaibnya Baitullah...menyapa kerinduan untuk kembali lagi..Perjalanan Haji adalah yang terindah dalam kehidupan seorang muslim. Panggilan Haji/Umrah adalah jemputan dari Allah untuk menjadi tetamunya. Sungguh Jemputan ini juga mengandungi keajaiban yang sukar difikirkan oleh Akal - saat diterima menjadi tetamunya tau2 sudah selesai semua urusan medical check up, passport haji telah berada dalam genggaman, gelang, cuti haji diluluskan-walaupun ada sedikit kesukaran tapi akhirnya selesai juga dengan izin Allah..Urusan bagasi juga selesai tepat pada waktunya..begitu aturan Allah..- Tiada yang dapat menghalang jika dia hendak memberi dan tiada siapa dapat memberi jika Dia menghalang.   Hari berangkat - penuh syahdu..bermula di kelana Jaya telah dapat mendengar talbiah bersahutan di telinga saya ini..Sebaik menaiki pesawat Jumbo Saudi Arabian Airlines - juga semakin bersahutan kedengaran..suara siapakah itu? Namun saya tetap tenangkan diri..memikirkan perjalanan ini perjalanan suci..Apa yg perlu digusarkan lagi..Tasbih, Tahmid dan Takbir!


Namun disebalik keterujaan, ketika meninggalkan anak kesayangan adalah satu kepiluan yang tidak dapat dibayangkan..pada masa itu Hana baru berusia 5 tahun - masih kecil ditinggalkan bersama Ayah, Mak cu Ekin dan Ummi.


Sungguh..pekerjaan Haji memerlukan jihad menentang hawa nafsu kesombongan, memupuk semangat saling membantu sesama muslim kerana setiap perjalanan mempunyai kesusahannya, perhimpunan agung umat islam- menunjukkan kesatuan ummah. Paling UTAMA adalah keikhlasan hati mengadap ilahi, tunduk dan merendah diri mengharap keampunannya..memohon syurganya dan dijauhi dari azabNya.

Berada di Makkah/Arafah/Murdzalifah/Mina dalam keadaan berihram hingga selesai bertahallul- ada pelbagai tarbiah yang boleh kita perolehi - Antaranya, mengajar kita menjadi orang yang berkata benar, ikhlas dan orang yang paling taat dalam mengikuti perintah ALLAH dan yang paling suka mengikut petunjuk ALLAH (AL-QURAN). Bila pulang ke tanah air..jika perasaan yang sama diterapkan, Insya Allah- ia menunjukkan  barometer keimanan kita berada pada tahap bacaan yang baik dan kewajipan kita ialah memastikan barometer keimanan itu sentiasa menunjukkan bacaan yang paling baik dan mengekalkannya.

Sekadar perkongsian bacaan the story of great sacrifice: 

Remember the part when Shaytaan was coming to “advise” Ibrahim not to obey Allah? This is the sort of “advice” that we mostly fall for each day that makes us unproductive! Shaytaan each day turns up and tells you “no need to work on that project..it’s too hard, leave it today, you seem tired”.. OR “you can’t do that, you’re too young/old/stupid/busy to work on this project, someone else will do it.”

Day in and day out he comes to us and distracts us, acting as our trusted advisor to stay away from good deeds an keep us lazy and unproductive. Today, I want you to pelt shaytaan with stones of knowledge, hard work, sincerity and perservance whenever you hear such ‘advice’ from him!

Semasa berjalan di terowong muassim untuk ibadah melontar..

Sungguh..rindu ini bukan dibuat-buat..saya cari dan dengar lagu ini sekadar hiburan dan mudahan membakar semangat kawan-kawan saya untuk menunaikan haji pada masa akan datang. Malah saya juga bercita-cita untuk menunaikan haji lagi kali ini bersama Hana (tapi kena tunggu dia besar sikit lagi dan lebih faham tentang Islam) - semoga Allah kabulkan niat saya ini, sebelum dijemput oleh panggilanNya yang Akhir.

Amin! 


Saturday, November 5, 2011

Manusia hatinya dalam Keraguan..

Salam muslimin dan muslimat..


Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu. Mudahan ia bermanfaat. 

Jika tiada makanan-boleh minta bantuan orang lain utk sediakan makan/beri/sedekah. Jika tiada duit - masih boleh minta bantuan orang lain (adik beradik/sahabat/saudara mara) utk top up. Tapi jika tiada ilmu dan akhlak tiada siapa yg boleh bantu melainkan ALLAH - hidayah adalah milik Allah. Tidak kira situasi apapun kita berada..ibu bapa/bujang/solo/duda/janda/poligami/monogami adalah sebahagian keadaan manusia di dalam dunia. Ilmu adalah ibarat kekuatan diri dan suara yang kita dengari dari dalam diri. Suara hati yg baik adalah kerana tarbiah dan amal yg baik dan istiqamah. Suara hati yg negatif adalah hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan.

Perkara negatif terjadi kerana mengikut nafsu dan jejak langkah setan - Allah telah beritahu kita melalui firmannya dalam surah yassin 36:60 bahawa syaitan adalah musuh manusia yg Nyata. Syaitan punca segala kejahatan. Jika difahami keadaan ini tidak kira kita ini sebagai ibu bapa/pekerja/pemimpin/isteri/suami/raja/hatta hamba..maka kehidupan ini Insya Allah dapat dikendalikan dengan ilmu dan penuh hikmah. Musuh kita adalah syaitan dan hawa nafsu bukannya manusia.

Perkara positif pula dapat dibentuk kerana ia adalah kehendak Allah (hidayah), taat perintahnya dan tiada keraguan kepadaNya yakin dengan petunjuk Allah iaitu AlQuran..
Percayalah Allah tambah nikmat jika kita byk bersyukur(93:11) jika tidak Allah akan jadikan ia sebagai satu seksaan (istidraj) - Allah beri kesenangan tetapi kesenangan itu adalah sebagai jalan kehancuran (68:44)

Bila sebut tentang keraguan, Allah sebut dalam surah Al baqarah 2:10 orang yang ragu- ragu adalah orang yg dalam hatinya ada PENYAKIT..perlulah diperingatkan bahawa  Ancaman Allah adalah amat berat kepada orang seperti ini : Allah akan tambah lagi penyakit - untuk mengheret orang itu ke arah kebinasaan. WAJARKAH KITA BERASA SYAK KEPADA ALLAH? Padahal Dia adalah pencipta petala langit dan bumi..? Tentu logik akal fikiran sihat berkata tidak - tetapi jika diselidiki aktiviti seharian kita- tentu ada sifat ragu-ragu (contoh mudah: ramalan cuaca) tambah nak buat kenduri kawin lepas ni musim orang kawin sebab cuti sekolah..ramai baling baju atas bumbung../ cacak tiang/ tak mandi pagi uii seribu macam kaedah nak elak hujan.

Keraguan ini boleh dibahagikan kepada 4 perkara iaitu-

1) Ragu kepada Allah - Firman Allah dalam surah 14:10

Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata". 

2) Ragu kepada Petunjuk Allah iaitu AL-QURAN - Firman Allah dalam surah 10:94

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu. 

3) Ragu-ragu kepada Rasul - Firman Allah dalam surah 7 : 66-67

4) Ragu-ragu kepada Agama Allah - Firman Allah dalam surah 10:104

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman. 

Kesimpulannya- mengendalikan kehidupan dunia ini adalah dengan petunjuk Allah iaitu Al-quran dan as-sunnah. Nabi jamin bahawa Selagi kita berpegang kepada 2 perkara ini kita akan selamat bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

Mungkin akan ada yg berkata- bukan mudah cakap saja senang. Change your mind set: YAKINLAH DENGAN PETUNJUK ALLAH dan tau guna senjata iaitu DOA. Kita pandang remeh doa sebab kita memperkecil-kecilkan peranan DOA. Sedangkan DOA, Allah kabulkan sekelip mata (atas kehendakNya). Kita tidak akan berubah selagi tidak melangkah.

Balik kepada Al Quran nescaya SEGALA permasalahan kehidupan akan terjawab. 

Sebagaimana firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.( 49:1)



Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...