Tuesday, July 26, 2011

Perkongsian Bacaan: Putus Asa Untuk Meraih Syurga ?

Apabila kita bertanya Si Fulan : " Wahai Si Fulan, apakah yang paling tinggi ingin kau jadi dalam kehidupan agama ini dan apakah posisi yang kau harapkan di dalamnya ? Adakah engkau pernah bercita-cita untuk menjadi orang yang bertaqwa, orang yang saleh, ulama, mujtahid atau orang yang berjihad di jalan Allah ? "

Si Fulan lantas dengan tenang menjawab : " Cukuplah aku hanya menjadi orang biasa seperti kebanyakan orang hari ini. Cukuplah aku tahu sekadar sahaja mengenai agama dan ikut sahaja orang ramai. Asalkan aku senang dan boleh bersuka ria tanpa duka. Orang macam aku ni tak payah la jadi orang saleh, ulama atau mujtahid tu. Kita bukannya layak dan kita ni tak baik. Siapalah kita. "

Jika kita melihat jawapan Si Fulan secara sekali pandang, kita akan melihat jawapan Si Fulan kelihatan benar pada zahirnya tetapi pada hakikatnya dia sebenarnya sudah menempah tempatnya di akhirat pada tempat yang tidak selamat dan sangat diragui statusnya. Bukankah jika itu targetnya yang paling tinggi, maka segala amalannya akan dilakukan berpaksikan kepada had targetnya ? Dalam hal keduniaan kita tahu jika kita inginkan 8 A mestilah target awalnya 10 A. Namun mengapa cara fikir itu tidak digunakan untuk memburu negeri akhirat ? Itulah dinamakan pilihan seseorang kerana Allah sudah membocorkan di dalam Quran dan Sunnah tentang perkara baik dan buruk serta kesan-kesannya. Manusialah yang harus berfikir untuk memilih jalannya sendiri samaada ingin menempuh jalan yang benar atau jalan kebinasaan.

Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu ( sahabatmu ) kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur ( Surah Al Mumtahanah ayat 13 )

Daripada ayat yang mulia ini, cuba kita perhatikan sambil berfikir tentang perbandingan yang Allah tunjukkan kepada kita. Lihatlah bagaimana Allah menyamakan orang hidup yang sudah berputus asa terhadap kebaikan akhirat dengan orang kafir di dalam kubur yang juga berputus asa terhadap akhirat. Ayat ini jika difahami dengan benar oleh pelaku maksiat yang tegar, pasti akan membuatkan bergetar kulit dan jantung mereka kerana takut kepada Allah jika ketika itu mereka mendapat hidayah. Apabila difikir secara rasional, alangkah terhinanya mereka kerana berputus asa dengan kebahagiaan akhirat walaupun masih hidup dan bernyawa. Mereka juga belum berada di dalam kubur dan masih berpeluang untuk memburu syurga. Tentu tersentak ia sebentar dan tersedar dari mimpi yang panjang hasil bisikan Iblis yang berterusan.

Cuba kita ingat kembali ketika zaman kanak-kanak kita sangat takut dengan apa sahaja unsur yang mengandungi dosa di sisi Allah. Pada zaman kanak-kanak, dosa-dosa pertama dan terawal membuatkan jiwa kita terasa takut dan gusar dengan dosa yang dilakukan. Perasaan takut dan gusar terhadap dosa itu meningkat sehinggalah umur baligh. Selepas mengalami proses baligh, kita akan mengira-ngira setiap dosa baru yang dilakukan kerana takut ianya akan dihisab di akhirat. Dari mana datangnya ketakutan terhadap dosa yang sangat semulajadi itu ? Ya inilah bukti kita benar-benar sudah berjanji taat setia kepada Allah sejak dari dalam kandungan dan kita lahir dalam keadaan fitrah ( Islam ). Maka wajarlah kita merasa takut setelah mula berjinak-jinak untuk memungkiri janji yang sudah dibuat antara kita dan Allah SWT.

Namun apabila umur kita makin meningkat dewasa, tidak larat lagi untuk kita mengira-ngira dosa kerana terlalu banyak dosa yang datang kepada kita sehingga kita jadi begitu lali dengan dosa dan akhirnya pilihan terakhir adalah berputus asa. Lalu syaitan memujuk untuk menganggap diri kita sudah tidak ada harapan lagi untuk mencium bau syurga. Itulah bisikan dan tipu daya Iblis yang paling berjaya menipu banyak anak Adam dari dulu sehingga kini. Adakah selepas menyedari semua hakikat ini kita masih lagi berani untuk meletakkan target yang tidak selamat di negeri akhirat ? Semoga kita semua ditempatkannya di dalam syurga dan dimatikan di dalam Islam yang lurus.

Pernah dalam suatu keadaan kita merasakan bahawa solat kita sangat berkualiti dan sangat dekat hubungan kita dengan Allah. Kadangkala kita rasakan solat kita biasa sahaja dan tidak terlalu khusyuk. Kadangkala kita merasakan diri ini sentiasa diperhatikan oleh Allah dengan teliti dan ada kalanya kita memujuk diri ini untuk berpura-pura terlupa seketika mengenainya demi memberi laluan kepada perbuatan dosa. Ini membuktikan bahawa iman itu bertambah dan berkurang. Kita tidak akan menyaksikan berkurangnya kemanisan iman yang kita alami itu melainkan ia berkurang dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Maka hakikat iman yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu benar-benar wujud dan dapat dirasai ! Oleh itu berlindunglah kepada Allah daripada tipu daya syaitan dan pohonlah supaya jantung hati kita sentiasa ditetapkan di atas landasan agama.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

" Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Wallahua'lam.



Sumber: FB الرحمن الرحيم

Sunday, July 24, 2011

Afgan - Dalam Mihrab Cinta (VC + Lyrics)

Demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
repeat reff [2x]
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga ...
p.s: Semoga kita semua dalam mihrab cinta Nya... Amin!

Sunday, July 3, 2011

Ancaman bagi kaum Adam yang meninggalkan solat berjamaah di Masjid



Solat berjemaah pada masa kini  didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja  seperti solat jumaat dan hari raya.  Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting ?! Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

Sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:

“Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu  kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Beza antara  seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).  surah an-Nisaa ayat 142:


Saturday, July 2, 2011

Chiropractic: Satu Ikhtiar

6 bulan telah berlalu...Alhamdulilah hari ini lebih baik dari 6 bulan dulu..Kali ini mencuba kaedah Chiropractic - di Bangsar. My doctor ni female from Australia nama dia Nicole. Alhamdulilah..tak der la rasa malu sangat so senang sikit nak point kat mana yang rasa sakit. Seperti yang pernah diceritakan dalam entry sebelum ini, sakit belakang is one story..then radiculopathy/ sciatica is another story - ni yang paling tak tahan dan rasanya still berlarutan hingga kini. Kebanyakan rasa sakit adalah dari pinggang ke bawah terutamanya kat punggung dan bahagian sebelah belakang dari pinggang hingga ke tapak kaki.

Kalau dulu, bila berjalan more than 10 minit je dah rasa cramp kat tapak kaki - as i said it was like stabbing, stiffness dan numbness. And now getting better cuma for the last 4 weeks, there's another problem coming up. Rasa sakit dari pinggang ke atas - hingga menyebabkan sakit leher, lengan kebas hingga ke jari-jari tangan - apa pulak ni..? And chest pain..sometimes nak breathing pun rasa macam kena tikam..*sigh* Sebelah kanan aje. 

Emm tak tau la..nanti bila dah buat check up - akan diupdatekan di sini ye..

The best part chiro ni tak suggest untuk consume drugs - bila sakit akan guna ice cube/ tuam pakai hot pad - takat ni the best is medipak sebab senang boleh masuk microwave huhu.. 

Now..dah tak bergantung sangat kat Lyrica, Arcoxia, tramal dan all the pain killers. Hanya akan consume bila rasa sakit sangat dan jika nak bawa kereta long distance. Syukur semua orang di sekeliling amat membantu dan memberikan sokongan dalam mengharungi rasa sakit. 

Adakalanya rasa sakit tu tidak dirasai langsung boleh buat kerja macam biasa - tapi bila tak rasa sakit jadi rasa rindu pulak hehe - betullah bahawa ada kesusahan dalam kesenangan dan ada kesenangan dalam kesukaran..Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. 

ish..kadang-kadang terfikir juga yang worse case scenario - in case urat2 saraf ni jammed - tapi percayalah jika telah sampai waktunya - takkan cepat walau sesaat dan takkan lambat walau sesaat. Aku sangat yakin itu.  

Friday, July 1, 2011

Perkongsian Bacaan: Adab-Adab sebelum tidur


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Adab islami sebelum tidur yang seharusnya tidak ditinggalkan oleh seorang muslim adalah sebagai berikut.
PertamaTidurlah dalam keadaan berwudhu.
Hal ini berdasarkan hadits Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
KeduaTidur berbaring pada sisi kanan.
Hal ini berdasarkan hadits di atas. Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun shalat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322).
Ketiga: Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlash (qul huwallahu ahad), surat Al Falaq (qul a’udzu bi robbil falaq), dan surat An Naas (qul a’udzu bi robbinnaas), masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Inilah yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana dikatakan oleh istrinya ‘Aisyah.
Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017). Membaca Al Qur’an sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ini lebih menenangkan hati dan pikiran daripada sekedar mendengarkan alunan musik.
Keempat: Membaca ayat kursi sebelum tidur.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata,
وَكَّلَنِى رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ ، فَأَتَانِى آتٍ ، فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – . فَذَكَرَ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِىِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ ، وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « صَدَقَكَ وَهْوَ كَذُوبٌ ، ذَاكَ شَيْطَانٌ »
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menugaskan aku menjaga harta zakat Ramadhan kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun aku merebutnya kembali, lalu aku katakan, “Aku pasti akan mengadukan kamu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam“. Lalu Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan suatu hadits berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi berkata, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi karena dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syetan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi“. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syetan“. (HR. Bukhari no. 3275)
Kelima: Membaca do’a sebelum tidur “Bismika allahumma amuutu wa ahyaa”.
Dari Hudzaifah, ia berkata,
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ « بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا » . وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا ، وَإِلَيْهِ النُّشُورُ »
Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan: ‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari no. 6324)
Masih ada beberapa dzikir sebelum tidur lainnya yang tidak kami sebutkan dalam tulisan kali ini. Silakan menelaahnya di buku Hisnul Muslim, Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni.
Keenam: Sebisa mungkin membiasakan tidur di awal malam (tidak sering begadang) jika tidak ada kepentingan yang bermanfaat.
Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum shalat ‘Isya dan ngobrol-ngobrol setelahnya.” (HR. Bukhari no. 568)
Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka begadang setelah shalat ‘Isya karena beliau sangat ingin melaksanakan shalat malam dan khawatir jika sampai luput dari shalat shubuh berjama’ah. ‘Umar bin Al Khottob sampai-sampai pernah memukul orang yang begadang setelah shalat Isya, beliau mengatakan, “Apakah kalian sekarang begadang di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?!” (Syarh Al Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, Asy Syamilah)
Semoga kajian kita kali ini bisa kita amalkan. Hanya Allah yang beri taufik.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Panggang-Gunung Kidul, 10 Rajab 1431 H (23/06/2010)
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Tak Rugi Jadi Baik


Menjadi baik dan sentiasa berbuat kebajikan dan beramal soleh itu adalah jalan menuju taqwa.

Firman Allah: 
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)

Sebagai balasan atas perbuatan baiknya dan sifat taqwa itu Allah menghadiahkan pahala dunia dan akhirat sebagaimana Allah sebut:

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. (A-li'Imraan 3:148)

Rugi ke jadi baik..tak rugi kan..?

Tunduk dan Patuh..

Sebenar Islam itu adalah tunduk dan patuh - hidupnya kita di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Walaupun kebijaksanaan kita tinggi melangit dunia tapi hukum Allah tidak boleh dipandang enteng..jika tidak pasti rujuk kepada sumber yang sahih. Sebagaimana Allah sebut:


A001

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat 49:1)

Teringat sebuah kisah yang disebutkan oleh Ustaz Muhamad bin Ibrahim (Ust Mat Cina) di dalam ceramahnya bahawa sekumpulan sahabat-sahabatnya menjalankan dakwah di suatu tempat di Sarawak - sebuah perkampungan pedalaman yang hanya boleh dihubungi dengan sebatang sungai yang dalam dan deras..di dalam sungai yang tenang itu dipenuhi oleh buaya..
Dalam kegelapan malam itu bot yang dinaiki telah mati di tengah jalan..buaya yang beratus ekor tadi mula mendekati..dan mereka yang berada di dalam bot bersepakat dan bertawakal kepada Allah..kerana yakin niat mereka adalah untuk menjalankan dakwah kepada penduduk di situ yang rata-ratanya jahil - tidak berpakaian dan tinggal (makan, tidur dan bermain hatta mandi..) dengan sang khinzir. Wallahu Musta'an..
Jiwa yang dipasak dengan keyakinan dan tawakal - nescaya akan dibantu oleh Allah. Kumpulan itu berjaya sampai ke destinasi - dengan bantuan buaya-buaya yang menolak bot mereka..MasyaAllahhh..Allahu Akbar..! Makhluk buaya itupun tunduk dan patuh - tentu malu kita sebagai manusia yang Allah kurniakan AKAL - tidak sedemikian dalam menjalankan tugas sebagai Umat..

Sebagaimana Allah telah berjanji dalam ayat berikut:

 



Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad 47:7

Percayalah - balasan azab kepada orang yang ingkar (tak tutup aurat, makan riba, mengumpat, zina, buat maksiat, tinggalkan solat, tinggalkan puasa dan byk lagi senarai yang menjejaskan amal soleh..) Malah kalau kita tinggikan suara dan menyebabkan kawan kita "sentap" pun akan memakan pahala amal soleh kita - jadilah ia sia-sia..

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (Muhammad 47:8) |


Kita juga tidak boleh memandai-mandai dalam soal hukum- ambil mudah utk kepentingan sendiri (pakai tudung tak cukup syarat- masih pakai baju ketat, tudung sanggul tinggi, perhiasan berlebihan, tutup aurat tapi masih mengumpat..)

 
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzaab 33:36) |

Amal soleh adalah utk diri sendiri, bukan utk orang lain (pada peringkat awal dakwah nabi kepada kaum keluarga dan ahli terdekat, baginda memulakan dengan pesanan jagalah diri kamu dari api neraka) kerana tidak ada sesiapa yang dapat membantu pada hari Allah memberikan hukuman. Jaga disini bermaksud - menahan diri dari melakukan dosa. Begitu juga setelah dakwah itu dilakukan secara terang-terangan.

Sebagaimana Allah sebut dalam ayat berikut:-

 
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Al-An'aam 6:104) |


Jadi renungkanlah betapa besarnya nikmat iman dan islam - jika dihayati dan ingati perjuangan nabi - akan terserlah pengorbanannya yang sangat besar kpd kita umat akhir zama. Baginda menunjukkan akhlak yang baik untuk di ikuti..malah ummul mukminin  'Aisyah radhiallahu 'anha mengatakan akhlak nabi adalah Al-quran (Sahih Muslim: 1233)

Tujuannya cuma satu - agar kita terhindar dari api neraka.

Kita kata Cinta nabi dan sayang nabi tapi apa nabi ckp tak ikut..
Selawat dan salam ke atas nabi yang kita cintai..(Allahuma Solli A'la Nabiyina Muhammad) rahmat dan barakah kepada para ahlul baits dan seluruh sahabat-sahabatnya..

Mudah-mudahan cinta ini lahir dari hati yg suci dan tulus ikhlas..insyallah

Ya Allah jadikanlah kami orang yang memahami kalamMu..
Amin!


Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...