Sunday, May 15, 2011

Rahsia Allah..

Dalam hadis Ibnu Umar yang disahihkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): "Anak-anak kunci (rahsia) perkara ghaib ada lima perkara, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja."


Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya): "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)



Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, ketika membuat tafsiran ayat di atas disebutkan:
"Itulah perkara-perkara ghaib yang menjadi anak kunci rahsia yang diketahui oleh Allah SWT sahaja. Maka tidak diberitahu kepada sesiapa pun hatta kepada Rasul yang diutus, atau kepada malaikat yang muqarrab (hampir) kepada Allah SWT."


Ikhlas atau...


*Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orang Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala.


Friday, May 6, 2011

Cemburu yang dibolehkan

Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith ni:

Rasul s.a.w. bersabda: Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap 2 orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. (Sahih Muslim)

Credit to meera

p/s: I won't be cemburu anymore..insyallah..!  Ya Allah bersihkan hatiku dari sifat cemburu yang memudaratkan..

Tuesday, May 3, 2011

Demam..

Salam..

Tumbang lagi..hehe kali ni sebab demam. Tapi sikit je lah setakat panas badan dan migrain...biasala tu..baca di FB seorang sahabat -Samirah


RasululLah s.a.w said, "Fever is from the heat of Hell, so abate fever with water." (Sahih Bukhari)

Malah dianjurkan juga berdoa dengan doa ini:


Jazakallah Ustaz Hanafi (Darul Syifa') - ana copy paste dari blog beliau.

Apa yg menjadikan demam kali ini sedikit luar biasa - due to infection kat dalam hidung..bila doctor buat scoping - insertion of camera dalam lubang idung baru nampak clear kenapa yg tersumbat teruk sangat tuh.. - as for now doc said it maybe ada simptom sinus/allergy atau pun ada masalah dental hehe..

Percaya atau tidak - dalam menginjak usia ke 37 tahun ini pertumbuhan gigi bongsu baru je selesai turun sepenuhnya..sebelum ni memang rasa sakit - tapi buat tak endah je coz biasalah sakit tumbuh gigi.. bila selesai keluar semua gigi tu dari perut gusi sure ilang sakit. Tapi sikap tidak endah tu tak bagus sebenarnya - ruang gigi bongsu tu sempit dan mungkin tumbuh disorder n saraf gigi tu mungkin membengkak hingga menyebabkan ruang dalam lubang idung sebelah kanan menjadi sempit - jadi infection pulak menyebabkan mucus banyak - Sengal kepala.

CT scan will be done within 2 weeks.

So my right side memang lemah sikit la ni kerana menanggung banyak sakit - radiculopathy or sciatica (due to discs bulges) @ right hip until my foot  n osteoathritis @ right knee.

Semoga ALLAH kurniakan kesembuhan. Hanya kepadaNya tempatku bergantung harap.


glitter-graphics.com

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...