Friday, January 28, 2011

Hidup dengannya..

26-01-2011 (Rabu) - Aku ke PPUKM sekali lagi untuk rawatan susulan sakit belakang. Selepas keluar hospital pada 12-01-2011 yang lalu - banyak tempat telah aku pergi untuk mendapatkan rawatan - berurut, fisioterapi dan sebagainya. Namun dengan izin Allah bertemu seorang pakcik yang sangat arif dengan urutan reflexology - urut pakai tanduk. Hem..belasah je lah mudah-mudahan menjadi lorong rezeki untuk kesembuhan. Alhamdulillah : sakit atas tulang pinggul berkurangan. Boleh duduk aman dan berjalan. Walaupun masih ada sakit sikit2 here n there..tapi yang penting bahagian yg amat sakit telah dikurangkan. Alhamdulilah..

Pertemuan dengan doktor pada hari tu adalah untuk berbincang lebih lanjut mengenai way forward. Pemerhatian melalui MRI oleh pakar radiologist telah mengesahkan tulang belakang sebelah bawah yang dipanggil Lumbar adalah merupakan tulang yang affected. Dengan kata lain ia adalah slipped disc. Antara sebab dan akibat berlakunya slipped disc boleh klik di sini


Lebih spesifik lagi ia berlaku kepada tulang L5S1...Tambahan pula kata doktor lagi tulang-tulang yang tersebut telah inflame dan cartilege yang menjadi kusyen discs tersebut telah haus/damage - menambah kesakitan. Lumbar no. 5 yang terkeluar sedikit itu juga memberi kesan kepada saraf tulang belakang - yang menyebabkan anular tear (luka) sedikit kepada urat saraf akibat pergeseran yang berlaku semasa pergerakan. Maklumat lanjut mengenai anular tear boleh dibaca di sini . 

Thursday, January 27, 2011

Knee Pain

25-01-2011 (Selasa) jam 9.00 pagi - Ke PPUKM utk mengambil ubat suntikan lutut. Nama ubat tu Monovisc. Single injection. Before the procedure, doctor suntik ubat bius kat lutut dulu..adoillaa..sakitttt..!! Aku tabahkan hati.. It is done in minor OT room in PPUKM. Tukar baju pesakit - part ni aku paling tak suka sebab menampakkan aurat. Ya Allah Ampunkan Aku...! Harapnya pentadbir hospital lebih prihatin sebab aurat perempuan muslim - tiada kompromi. 


Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Dan berdasarkan sabda Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam :

"Tubuh wanita itu seluruhnya aurat."
(H.R Tirmidzi dengan sanad yang shahih)

Namun aku sangat tidak arif mengenai batasan aurat wanita yang dibenarkan untuk dilihat ketika dalam keadaan sakit. Melalui kefahaman yg serba kurang ini hanya dalam keadaan darurat sahaja (ketiadaan doktor wanita yg berkepakaran dalam bidang penyakit tersebut) dibolehkan doktor lelaki yg merawatnya itupun dengan kehadiran mahram/ahli keluarga/wanita yg boleh dipercayai..) Ini kes mendapatkan rawatan. Tapi kes pakaian pesakit tu err..tak boleh ke buat rujukan ke hospital-hospital di negara islam yg lain - Arab Saudi/Syria/Jordan yg boleh dijadikan contoh model terbaik bagi pakaian pesakit wanita??

Berbalik kepada suntikan tadi - Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Lutut ku kini dengan rasminya mendapat suntikan fluid gantian untuk membantu pergerakan supaya kurang sakit. Setakat semalam, nak naik tangga pun menongkat. Tapi selepas 2 hari macam ok sikit cuma ubat kebas bius tu belum habis sepenuhnya jadi bila sujud masih rasa sakit. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai monovisc boleh baca di sini

Wednesday, January 19, 2011

MANA MILIK KITA..



Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Rabbani

Monday, January 17, 2011

Ingat mengingatkan atas nama kasih sayang..

Dalam quran Allah ada berfirman bahawa terdapat dua golongan manusia iaitu- Orang yg rugi dan orang yang beruntung. Kalau objektif kita syurga mestila kita nak jadi orang yg beruntung. Objektifnya sudah jelas dan kita perlu fokus. Masyarakat kita sama ada tidak tahu/kurang ambil berat dan tidak kisah/merasakan masih byk masa. Meninggalkan solat - antara punca manusia melakukan kemungkaran. Bila kita ingatkan dan saling menasihati mereka mengeji orang yang memperingatkan sedangkan mereka tidak sedar/ tidak tau pun bahawa perbuatan seperti itu dimurkai oleh Allah – Boleh rujuk (83: 29-36)

Sesungguhnya orang yang derhaka itu, mereka mentertawakan orang yang beriman. Dan apabila mereka (orang yang beriman) lalu di hadapan mereka (orang yang derhaka), mereka saling mengedipkan mata. 
Dan apabila mereka (orang yang derhaka itu) kembali kepada kaum mereka, mereka kembali dengan bergirang hati. 
Dan apabila mereka (orang yang derhaka itu) melihat mereka (orang yang beriman) itu, mereka (orang yang derhaka) berkata: “Sesungguhnya mereka (orang yang beriman) itu adalah orang yang sesat.” 
Padahal mereka (orang yang derhaka itu) tidaklah diutus untuk menjaga sesat atau tidak org2 beriman itu.
Maka pada hari ini giliran orang yang beriman mentertawakan orang yang kafir. Dari atas mahligai mereka memandang. 
Bukankah orang2 yg kafir itu tlh dibalas akn apa yg tlh dikerjakan dahulu?

Allah sentiasa memperhatikan makhlukNya. Allah tidak pernah melupai mereka walau sekelip mata. Allah tidak pernah tidur daripada memperhatikan para hambaNya. Pandangan dan perhatian ini adalah limpahan rahmat, keampunan dan innayah Khassah (perhatian khusus).

Pandanglah diri kita yang sangat kerdil ini..sentiasalah memohon keampunan Allah seikhlas-ikhlasnya. Satu ketika nanti, kita akan pulang bertemu dengan Allah. Allah akan bentangkan satu persatu perbuatan kita semasa di dunia. 


Alangkah malunya jika kita ingkar..!

Friday, January 14, 2011

Penghalang Terkabulnya Doa.....

Penghalang terkabulnya doa
1. Menggunakan/makan barang haram berupa makanan,minuman, pakaian dan hasil usaha yang haram
” … Kemudian Nabi menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata,”Ya Rabb…ya Rabb…” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka bagaimana mungkin dikabulkan doanya?” (Riwayat Muslim)
2. Minta cepat terkabulnya doa yang akhirnya meninggalkan doa
“Dikabulkan doa seseorang dari kalian selama ia tidak terburu-buru, ia berkata:’Aku sudah berdoa tapi belum dikabulkan doaku” (Riwayat Bukhari-muslim)
3. Melakukan maksiat dan apa yang diharamkan Allah
Bagaimana mungkin kita mengharapkan terkabulnya doa sedangkan kita sudah tertutup jalannya dengan dosa dan maksiat (Penyair)

4. Meninggalkan kewajiban yang telah diwajibkan Allah seperti memutuskan silaturahim
“Dari Hudzaifah dari Nabi:’Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar atau (kalau kalian tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan siksa kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan.” (Tirmidzi)
5. Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa
“Rasulullah bersabda” Apabila seseorang dari kamu berdoa dan memohon kepada Allah, janganlah ia mengucapkan:’Ya Allah ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki dan berikan rezeki jika engkau kehendaki.’ Akan tetapi, ia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Ia kehendaki dan tidak ada yang memaksanya.” (Bukhari)
6. Lalai dan dikuasai hawa nafsu
“Berdoalah kalian kepada Allah dengan yakin akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati lalai dan lengah.” (Tirmidzi).
Wallahu a’lam


Dipetik dari : The wings of Islam

Thursday, January 13, 2011

Konsep Syukur, Sabar dan Ikhlas dalam Islam

Salam saudaraku yang dikasihi..

Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, apakah maksud Islam..? Sama ada kita tidak mengambil berat/tidak kisah atau tidak tahu apa maksudnya...selama ini kita hanya ikut sahaja apa yang diajarkan di sekolah agama dan Islam itu telah tertera di kad pengenalan/surat daftar kelahiran...

Ketahuilah saudaraku, Islam itu bermaksud berserah diri. Maka orang-orang yang berserah diri disebut sebagai orang Muslim - Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; "Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)". (39: 11-12). Konsep berserah diri ini tidak melibatkan sebarang tempoh masa memandangkan pengabdian kita kepada Allah itu adalah di sepanjang hayat kita dan selagi nyawa dikandung badan...sama ada kita sihat atau sakit. Berikut adalah penerangan dari murabbi ana dan mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan lebih jelas..:

‎1. Allah Maha Pemurah. Limpahan nikmat-Nya yg paling besar ialah mengajarkan al-Qur'an. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. (55:1-2) 

Bagaimana? Allah menurunkan al-Qur'an sebagai pedoman & mengutus Rasul sebagai contoh teladan:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (33:21). 

Seorang Muslim yang bersyukur dengan nikmat ini, ia mesti memahami al-Qur'an & al-Sunnah yg sahih serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Barulah ia dapat keluar dari zulumat (kegelapan)- Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.  (14:1) dan tergolong sebagai orang yang bertakwa - Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;  (2:2)


2. Kesemua perintah di dlm al-Qur'an dan al-Sunnah hendaklah dipelajari & diamalkan dengan tujuan mencari keredaan Allah, bukan kerana tujuan duniawi. - Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. (98:5)


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (2:200-201)



3. Nafsu manusia sentiasa mengajak kpd kejahatan.- Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (12:53) Ketaatan kpd perintah Allah di dlm al-Qur'an & al-Sunnah yg sahih menuntut kepada kesabaran. Allah akan memberikan ganjaran yg besar- Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"(39:10)


4. Golongan yg tidak mahu mengikut al-Qur'an & al-Sunnah yg sahih diancam dgn istidraj (beroleh kesenangan yg membawa ke neraka) dlm keadaan tidak sedar. 


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (6:44) 


Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. (68:44)


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. (7:182)


Semoga bermanfaat.


Syukran Ustaz Baharuddin -  yang menyuluh jalan kami memahami Al-Quran.

Sunday, January 9, 2011

Sakit penghapus dosa

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Saturday, January 8, 2011

Ilal mustasyfa

Salam...
Allah jadikan sakit dan kesengsaraan agar dapat menghapus dosa. Aku ini insan kerdil.
Oleh kerana kesakitan yg amat sangat dan sukar utk berjalan, akhirnya aku dimasukkan ke wad. Hanya Allah saja yg dapat menyebuhkan. Sabda nabi s.a.w faiza maridhtu fahua yashfi..

Ampunkan dosa-dosa hambamu, yang aku ketahui dan yg tidak aku ketahui, yang aku sengajakan dan yg tidak aku sengajakan, yg berlebih-lebihan. Hari ini dan yg akan dtg...Amin!!

Tuesday, January 4, 2011

Ana Maridh..

Salam saudaraku,

Penutup tahun 2010 aku diuji dengan rasa sakit. Sakit lutut dan tulang pinggul (knee and hip pain). Berbagai cara juga telah diusahakan..malahan sejak dari tahun 2008 aku telah mulai on medication dengan pakar ortopedik PPUKM dan Hospital An-Nur di Bangi. Mungkin dek kerana pergerakan yg renyah setiap hari menambah rasa sakit. Baru2 ini pergi berbekam tapi nampaknya usaha itu belum memberikan apa-apa kesan positif. Dalam kepayahan menanggung sakit, aku pasrah bahawa Hanya Allah yang boleh memberikan kesembuhan dan hanya kepada Nya aku menyerahkan diri.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيْهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ


“Dua kenikmatan yang kebanyakan orang terlupa darinya, yaitu kesehatan dan waktu luang.” (HR. Al-Bukhari) Betapa banyak orang yang menyadari keberadaan nikmat kesehatan ini, setelah dia jatuh sakit. Sehingga musibah sakit ini menjadi peringatan yang berharga baginya. Setelah itu dia banyak bersyukur atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Itulah golongan yang beruntung. Adab-adab Syar’i ketika Sakit Di antara bukti kesempurnaan Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menuntunkan adab-adab yang baik ketika seorang hamba tertimpa sakit. Sehingga, dalam keadaan sakit sekalipun, seorang muslim masih bisa mewujudkan penghambaan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Harapnya kesakitan ini menambah rasa kehambaan dalam jiwa kami sekeluarga. Pastinya setiap ahli keluargaku terbeban dengan bebanan kesakitan yang aku tanggung. Hanya Allah yg dapat membalas kesabaran mereka..terutama SUAMIKU.

Terbaca tentang hip pain yg turut ditempelkan disini. Mungkin ada di antara ahli keluarga yang merasai kesakitan yang sama bolehlah dirujuk untuk mendapatkan panduan. Sesungguhnya setiap inci kehidupan kita ini adalah NIKMAT ALLAH. Jika ditarik sedikit nikmat itu bisa membuatkan kita tidak senang duduk. Namun jangan kita berburuk sangka dengan ALLAH kerana nikmat atau musibah itu hanya Allah yang mengetahuinya.


Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ، وَإِذَا أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ

“Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya baik baginya, dan sikap ini tidak dimiliki kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila kelapangan hidup dia dapatkan, dia bersyukur, maka hal itu kebaikan baginya. Apabila kesempitan hidup menimpanya, dia bersabar, maka hal itu juga baik baginya.” (HR. Muslim)


Ini adalah antara kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat sakit sendi..selain dari injection,ubat tahan sakit, fisioterapi n operation...baca terus di sini

Saturday, January 1, 2011

Infaq

Salam sahabatku..

Tahun baru telah menjelma. Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Semoga dengan limpahan rahmat dan keberkatan ilahi mengiringi langkahan kaki meneruskan perjuangan mukmin sejati. Hendaknya setiap dari kita bertambah sedar bahawa dengan bertambahnya umur bermakna telah hampirlah sebuah kematian. Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata:

"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan,dan perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali dua tapak kaki nya telah menginjak ke pintu syurga.."

Semoga umur yang masih berbaki ini dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan Allah. Ketahuilah wahai saudaraku sekelian, Infaq itu jalan mendekatkan diri dengan Allah (9:99) tetapi pekerjaan itu mesti ikhlas n tidak diungkit2 kerana Allah murka dgn org yg mencela org yg meminta (104:1). Orang yg kurang bersedekah akan rugi, jika dia mati dia akan minta ditunda saat kematian supaya dia boleh bersedekah (63:10). Alangkah rugi jika kita hanya sedar kelebihannya di saat2 akhir hayat kita..sedangkan peluang untuk menginfaq sentiasa terbuka luas. Ayuh kita cari pahala bukan menunggu sahaja pahala datang masuk ke rumah kita...


Ingat mengingatkan atas nama kasih sayang.. <3

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...