Friday, September 24, 2010

MAKNA TILAWAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, وبه نستعين, والصلاة والسلام على رسول الله,
وعلى آله وصحبه أجمعين
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته

Salahkah jika saya membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya? Demikianlah antara reaksi terhadap ajakan memahami al-Qur'an dan mentadabbur ayat-ayatnya. Marilah kita renung sejenak, tujuan sebenar penurunan al-Qur'an itu? Bukankah untuk ditadabbur ayat-ayatnya dan diamalkan segala tuntutannya? Perhatikan firman Allah - Jalla wa 'Azza: "Ini adalah sebuah kitab yang penuh berkat, Kami turunkannya kepadamu supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berfikir itu dapat mengambil pelajaran." (38:29) Dapatkah seseorang itu memikir dan mengambil pelajaran jika tidak memahami apa yang dibacanya? Dapatkah diharap suatu perubahan atau tindak balas daripada mesej yang tidak difahami isi kandungannya?

2. Kalimah tilawah atau qira'ah dalam bahasa Arab, kedua-duanya menunjukkan makna yang sama, iaitu bacaan. Sudah tentu ia bukan sekadar bacaan kosong tanpa sebarang kefahaman, justeru tiadalah seseorang itu disebut membaca sekiranya ia tidak memahami apa yang dibacanya. Tilawah yang betul mendorong dan membimbing para pembacanya mengikut dan mengamalkan apa yang dibacanya, sama ada berupa perintah atau larangan. Firman Allah - Jalla wa 'Ala: "Orang-orang yang Kami kurniakan kepada mereka al-Kitab, mereka melakukan tilawah dengan tilawah yang sebenar-benarnya, mereka itu adalah orang-orang yang beriman dengannya." (2:121) Kata Amir al-Mu'minin 'Umar bin al-Khattab - radiyalLahu 'anh - tentang makna tilawah: "Apabila bertemu sebutan tentang syurga, ia memohon kepada Allah syurga. Apabila bertemu sebutan tentang neraka, ia berlindung kepada Allah daripada neraka." (Tafsir Ibn Kathir, 1:403) Menurut mufassir sahabiy, Abu 'Abd al-Rahman, 'AbdulLah bin Mas'ud - radiyallahu 'anh: "Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, sesungguhnya bacaan yang sebenar-benarnya itu ialah menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram, membacanya sebagaimana yang Allah turunkan, tidak mengubah kalam daripada kedudukannya dan tidak mentakwilkan sesuatu bukan kepada takwilnya." (Tafsir Ibn Kathir, 1:403) Demikian juga pendapat Habr al-Ummah, 'AbdulLah bin 'Abbas - radiyalLahu 'anhuma. Manakala al-tabi'i al-jalil, al-Hasan al-Basriy – rahimahulLah – menyifatkan golongan yang memahami apa yang dibacanya itu ialah: "Mereka yang mengamalkan ayat yang muhkamat, beriman dengan ayat yang mutashabihat dan menyerahkan kekeliruan kepada yang mengetahui tentangnya." (Tafsir Ibn Kathir, 1:403)

3. Kesimpulannya, berdasarkan keterangan ahli bahasa serta mufassir sahabiy dan tabi'in, maka makna tilawah, qira'ah dan bacaan itu tidak akan bermakna tanpa kefahaman yang membolehkan seseorang itu membezakan di antara perintah dan larangan, halal dan haram, rahmat dan seksaan, anjuran dan ancaman, muhkamat dan mutashabihat, ayat penyata dan doa serta soalan dan sindiran. Golongan yang melakukan tilawah, tetapi tidak memahaminya adalah golongan ummiy yang disebut Allah menerusi firman-Nya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui tentang al-Kitab melainkan angan-angan dan mereka itu hanya menduga-duga." (2:78) Allah mengumpamakan golongan ini bagaikan keldai yang memikul lembaran-lembaran kitab yang tebal tetapi sedikit pun tidak memahaminya. Firman Allah: "Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Tawrat, kemudian mereka tidak memahami dan mengamalkannya adalah sama seperti keldai yang memikul kitab-kitab yang tebal." (62:5) Seterusnya Allah berfirman: “Perumpamaan mereka seperti anjing, jika kamu menghalaunya ia menjelir lidah dan jika kamu membiarkannya ia tetap menjelir lidah.” (7:176) Ingatlah, tiada perubahan yang dapat diharap tanpa kefahaman yang betul, Marilah kita semua berusaha ke arah memahami al-Qur'an dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. Tiada jalan singkat ke arah itu melainkan dengan bersungguh-sungguh mencarinya.

اللهم اهدنا واشرح صدورنا لفهم كلامك وكلام رسول
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين

Dipetik dari notes Ustaz Baharuddin Ayudin. - Jazakallah.

Wednesday, September 22, 2010

Online terbaik kita..

Salam Ukhuwah,

Minggu pertama Aidilfitri sudah berlalu..tentunya masa-masa tersebut diisi dengan berbagai aktiviti bersama keluarga..pulang ke rumah ibu bapa, ziarah mertua, ziarah yang telah tiada (ke kubur tentunya..), sahabat handai dan rakan taulan. Bermusafir kita ziarah menziarahi..ya..tergantung jaraknya! Minggu ini, ramai yang telah mula bekerja..dan pulang ke kota. Tentunya budaya ziarah menziarahi tetap diteruskan..cuma ada kelainan sedikit - memenuhi undangan rumah terbuka.

Namun dalam kesibukan tersebut, hendaknya janganlah kita lupa bahawa kita baru sahaja keluar dari madrasah ramadhan..tentunya kerinduan pada ramadhan masih menebal..harumnya bau ramadhan, damainya suasana waktu sahur..dan meriahnya waktu berbuka..mengejar masa untuk beribadah..merebut pahala dan jariah! Subhanallah!

Ibadah kepada Allah - puasa di bulan ramadhan datangnya setahun sekali, menunaikan haji di baitullah peluangnya sekali seumur hidup dan berkemampuan untuk mengadakan perjalanan. Berzakat kepada yang kurang berkemampuan - Allah akan gandakan rezeki kita..dan Allah jamin kita tidak akan miskin sekiranya menunaikan zakat dan byk bersedekah. Manakala solat 5 waku sehari semalam - itulah yg kita lakukan setiap hari. Itulah online terbaik kita dengan ALLAH.

Kita biasa online YM, MSN chatting dan facebook chat, tapi itu online duniawi yg membantu mengeratkan silaturrahim.  Tidak terbanding dengan hebatnya online kita dengan Allah. Khusyuk dalam solat memerlukan bantuan Allah. Kita ini manusia lemah..sering terpedaya dengan syaitan..walaupun ketika bersolat. Persiapkan diri dengan perisai iman, senjata doa agar online terbaik kita tidak terganggu. Kita adalah hamba. Perlakukanlah diri seperti hamba kepada Pencipta. Syaitan itu musuh kita. Maka perlakukanlah dia seperti musuh kita.

Surah al-maa'un
 
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
 
[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;


Basahi jiwa yang kosong dengan beramal..kerana dihujung perjanjian hidup ada kematian.







Thursday, September 9, 2010

Without You - Sami Yusuf

Sami Yusuf - Al-Mu'allim

Balik Kampung...

Salam,

Sebelum ini saya pernah bercerita mengenai rombongan ke syurga..dan bagaimana bentuk bekalan yang perlu kita sediakan utk membolehkan kita menyertai rombongan tersebut. Sempena hari raya..balik kampung adalah satu perkara yang semestinya setiap orang lakukan. Tidak kira kg sendiri/ kg isteri/suami/ statusnya masih sama.. Balik Kampung! Kita balik berombongan juga..dengan sanak saudara/ adik beradik/ sesiapa saja yg mempunyai destinasi dan tujuan yg sama iaitu balik kampung.

Semasa kecil dulu, saya sering tertanya2 kenapa orang mesti balik kampung. Sedangkan saya tak balik kampung sebab ibu n ayah asal dari Johor Bahru dan dua2 belah atuk tinggal di Kg Melayu..Bila dewasa saya tahu..itulah Fitrah manusia..sejauh mana pun pergi maka kita akan kembali ke tempat asal kita. Hatta ke benua antartika sekalipun..bila takbir bergema tentu terbayang diruangan mata indahnya tempat asal kita. Makanan, perlindungan dan kasih sayang yg kita terima/beri.

Tapi...

Itu kehidupan kita di Dunia..yg berbentuk sementara..meminjam kata2 ustaz zawawi:

baalik kampung o o o o balik kampung hati riang ....wajah berseri kerna nak jumpa yg tersayang n dirindui. kampung kita sebenarnya ada dua, satunya kampng tpt lahir kita, dan satu lagi tmpt kejadian kita iaitu alam ruh, kita brasal dari adam dan adam dari syurga mesti beramal sungguh supaya yg kita asal dari syurga balik ke syurga juga sbb itu kampung asal n kekal selamanya.

Betul..kampung kita ada dua..satu yg sementara dan satu lagi yg kekal abadi..Sangat rugi kalau matlamat kita bukan SYURGA.

Eid Mubarak..! Kullu 'am Wa antum bikhair..!

Wednesday, September 8, 2010

Inang Anak Perantau- Saujana



Berdendang hati perantau berdendang
Alunan senang nada kerinduan
Sambut warkah dari desa
Menggamit hatiku segera pulang

Gemalai pelepah nyiur melambai
Dingin semilir menyapa di pipi
Sejuk alir air sungai
Masih terasa basahnya di kaki

Ribu batu jarak kita terpisah
Silih musim lamanya tak bersua
Rasa rindu tidak lagi terbendung
Apakah khabarnya teman di kampung

Andai diri mampu terbang melayang
Saat ini telah lama ku pulang
Hanya jasad masih ada di kota
Sedang hati telah tiba di desa

Riuh anak-anak bermain di halaman
Bawah pohon merendang
Tenangnya redup petang
Di hujung sana petani melangkah pulang
Hilang lelah bersenda gurauan

Walau berkelanan jauh di perantauan
Cerah langit di desa kekal jadi rinduan
Seluruh warganya bagaikan bersaudara
Ramah mesra di dalam senyuman
Benarlah tempat jatuh kan tetap dikenang
Tak sabar hati segera nak pulang

Friday, September 3, 2010

Nota Cinta - Saujana




Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA

Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.

Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.



Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.

Bersama-sama kita!

BUKAN JEMU
Hampir sebulan lamanya saya tidak menulis artikel berkait aurat wanita setelah entri terakhir mengenainya yang bertajuk: Di sebalik cebisan kain itu. Bukan sudah jemu untuk saling mengingatkan, jauh sekali dari rasa bimbang akan menerima emel berisi kata-kata menusuk hati seperti sebelum ini, tetapi demi menghormati pandangan suami agar saya tidak terlalu mengasak minda pembaca dengan tajuk yang sememangnya menghadirkan kontroversi bila diperkata.

Namun, dari sehari ke sehari, saya melihat perkembangan fesyen busana Muslimah hari ini terutama pada cara dan gaya bertudung, kian menjarak dari sempadan Islam dan syari’atnya.

Memandang dari ilmu yang sedikit ini, saya merasakan fesyen dan gaya bertudung yang muncul dan menjadi pilihan ramai muslimah hari ini, tidak begitu menepati ciri-ciri menutup aurat yang telah digariskan agama. Rata-rata trend bertudung yang dikenakan, sekadar menutup kepala, tetapi mendedahkan bahagian dada, bahkan membuka leher hinggakan terdapat juga fesyen yang hanya menutup sebahagian rambut di kepala sahaja seperti gaya bertudung ( menutup kepala ) yang diperagakan oleh selebriti dan artis terkenal di Malaysia.

Ditambah pula dengan penjenamaan style bertudung yang menonjolkan elemen ‘glamour’ Timur Tengah seperti tudung Dubai dan Indie Syiria yang dipaparkan di dalam majalah-majalah berunsur Islam oleh model-model busana muslimah dan ‘cover girl’ majalah.

Sungguhpun, ia dikatakan kelihatan sopan, tetapi objektif menutup aurat sebagaimana yang digariskan Islam masih belum terlaksana. Ia tidak mencapai maksud untuk melindungi aurat yang sepatutnya disembunyikan dari pandangan umum, terutama mata jejaka.


ZON KELABU
Kerana itu, saban waktu saya mengulang tatap dan menonton rancangan yang bertemakan cinta kepada Nabi SAW ini, persoalan tentang aurat ini turut berlegar-legar di dalam jiwa. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu ketenangan minda, lalu mendorong saya untuk kesekian kalinya berbicara mengenainya.

Sungguh menyedihkan, apabila majalah-majalah yang mengangkat nilai Islam pada hari ini mengenengahkan gaya penutupan aurat berlabelkan ‘busana‘ muslimah, menjadikan ramai wanita Islam, terutama para remajanya menyangka penampilan sebegitu sudah menepati kehendak penutupan aurat yang sempurna.

Di antaranya ialah seperti contoh di bawah :

Saya teringat kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

An-Nu'man bin Basyir berkata : ‘Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, itu adalah hati.” ( Hadis riwayat Bukhari )

Tanpa sedar, industri fesyen yang tumbuh bak cendawan selepas hujan pada hari ini sudah banyak melangkaui zon putih yang dibenarkan agama dan berada di dalam zon kelabu yang samar-samar kehalalannya sehingga jika diamati dari kacamata iman dan ilmu, ia lebih menjurus kepada tidak boleh ( haram ), sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di atas.


KATA TAK DIKOTA
Berapa ramai umat baginda dari kalangan wanita yang memperkatakan tentang kasih dan cinta kepada Rasul SAW, tetapi penghayatan terhadap apa yang dibawa tidak nyata terserlah. Bagai tidak diambil kesah.

Sewajarnya kita memahami, bahawa cinta Nabi SAW bukan sesuatu yang berupa kecenderungan pada ketika-ketika khusus semata-mata, seperti ketika merayakan kelahiran baginda, sewaktu tiba bulan Ramadan yang mulia, atau saat dihujani dengan peringatan-peringatan di dalam majlis ilmu.

Akan tetapi, cinta itu haruslah benar-benar murni dari lubuk hati dan sentiasa terpatri kukuh di dalam jiwa seorang yang beriman kerana dengan cinta itulah hati menjadi hidup, menatijahkan amal soleh dan seterusnya menjadi benteng yang menahan dirinya dari kejahatan dan dosa.

Sepanjang masa, walau di mana pun jua.

Justeru itu, untuk mengekspresikan cinta kepada Rasulullah SAW, kita tidak boleh melakukannya mengikut selera dan hawa nafsu, beralasankan suasana, trend semasa yang mendominasi, atau bimbangkan tanggapan manusia sekeliling, tanpa terlebih dahulu memperdulikan syari'at agama. Ketika itu, jika nafsu yang lebih diutamakan, andai saranan manusia yang menjadi perhatian, maka bukan pahala yang bakal kita terima, tetapi hanya menuai dosa.

Seolah berdusta, apa yang dikata, tidak dikota. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)


JALAN SELAMAT
Justeru itu pada saya, demi menzahirkan kepatuhan kepada junjungan mulia, juga untuk menjamin pakaian dan tudung yang tersarung ditubuh adalah patuh syari’ah ketika berada di luar rumah ialah dengan terus bertahan memakai fesyen yang ramai orang sekarang melabelkannya sebagai ketinggalan zaman iaitu bertudung labuh seperti contoh di bawah ini :

Tudung-tudung ini boleh disuaipadan bersama baju kurung, jubah, abaya, blouse labuh dan skirt panjang, t-shirt labuh dengan seluar yang longgar dan seumpamanya, asal sahaja syarat-syarat yang digariskan oleh Islam sudah ada, iaitu tidak jarang, tidak ketat, labuh baju yang melepasi bahagian punggung dan peha bersama tudung yang labuh melepasi bahu dan dada.

Juga satu perkara yang tidak kurang pentingnya, setiap muslimah mesti ‘mengenali’ batang tubuhnya sendiri agar pakaian yang dikenakan itu dapat memainkan peranannya, menutup dan melindungi bentuk tubuh.

Saya meneliti bahawa tudung segera yang banyak terjual hari ini, jika pemakainya bertubuh kecil dan sederhana, ia tidak mengapa, akan tetapi jika dikenakan ke tubuh yang agak besar dan gempal, ia kelihatan tidak sesuai. Walaupun labuhnya sudah menutupi dada, tetapi dek material yang agak melekat pada tubuh, ia masih tidak mampu menutupi ‘bentuk’ yang tersembunyi di sebaliknya.

Perhatikan gambar-gambar di bawah ini. Adakah pakaian kita termasuk di dalamnya?


Kerana itu, pada saya, penjelasan yang tepat tetapi sederhana adalah seperti contoh di bawah ini :

Mungkin, kata-kata Sayyidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah ini dapat menjadi renungan bersama :





"Seandainya Rasulullah SAW sempat menemui apa yang diada‑adakan oleh para wanita (saat ini) nescaya beliau akan melarang mereka sebagaimana dilarangnya wanita‑wanita Bani Israil." (Hadis riwayat Bukhari hadis 869 dan dikeluarkan juga oleh Muslim 445 )





Larangan yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a. ini merujuk kepada keharusan yang diberikan baginda Rasul kepada kaum wanita untuk solat berjamaah di masjid.





Di dalam riwayat Muslim, ada menukilkan : Salah seorang rawi bertanya kepada Amrah binti Abdirrahman (murid Aisyah r.a. yang meriwayatkan hadis ini darinya) : "Apakah para wanita Bani Israil dilarang ke masjid?" Amrah menjawab : "Ya, adapun hal‑hal baru yang diperbuat para wanita Bani Israil di antaranya memakai wangi‑wangian, berhias, tabarruj, ikhtilat, dan kerosakan‑kerosakan lainnya."





Insafilah juga, bahawa pakaian sunnah yang diperagakan oleh muslimat mukminat ketika hayat Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan kerana mereka mendapat didikan, tarbiyyah, teguran serta perakuan secara langsung dari baginda junjungan. Maka, tidak hairanlah, jika muslimat mukminat ketika itu menjadi suri tauladan yang unggul sepanjang zaman.







ANDAI RASULULLAH SAW BERSAMA KITA…


Akhirnya, andai benar Rasulullah SAW bersama kita, adakah baginda akan tersenyum senang melihat gaya berpakaian yang tersarung di tubuh kita saat ini.





Atau….





Adakah baginda hanya mendiamkan diri dengan wajah diselubungi duka, lantas berpaling dan berlalu pergi meninggalkan kita…





Kerana itu pada saya, apa yang boleh diusahakan sekarang ini adalah, kepada mereka yang punya kesedaran ini, mainkan peranan anda walau siapa dan di mana anda berada untuk menyampaikan kebenaran ini. Ikhtiarkan walau sedikit, walau sekadar hanya mampu menunjukkan contoh melalui pakaian yang tersarung di tubuh sendiri, dan sudah pastinya diseiringkan pula dengan akhlak dan peribadi seorang Muslimah yang sebenarnya.




Jika benar kita menyintai Nabi SAW, mari kita buktikan bahawa rasa cinta kepada baginda SAW adalah cinta yang bukan didahului hawa nafsu. Akan tetapi, ia demi mentaati perintah agama beriring keyakinan bahawa rasa cinta kepada baginda ini akan membuahkan cinta kepada Yang Maha Esa sebagaimana firman-NYA yang bermaksud :





“Katakanlah ( wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar-benar) menyintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH menyintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Ali ‘Imran ayat 31 )





Menyintai dan mengasihi baginda SAW mampu menjadi asbab untuk meraih hidayah dan petunjuk-NYA. Mengasihinya juga boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka, dengan izin-NYA.




Benarlah, baginda merupakan rahmat terbesar yang dikurniakan ALLAH SWT kepada alam semesta. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.” ( Surah Al-Anbiya ayat 107 )

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH

Credit to: http://www.ummuhusna99.blogspot.com/

Thursday, September 2, 2010

Rombongan ke Syurga..

Tidak ada yang mustahil untuk menyertai rombongan ke syurga...dan itulah matlamat/visi/mission kita sebaik sahaja kita lahir ke dunia...Percayalah dunia ini hanyalah perhiasan dan tempat persinggahan sementara sebelum kita mengecapi kehidupan yang kekal abadi di Akhirat kelak. 
 
Cuba ingat kembali..kenangan semasa menyertai rombongan sekolah/universiti yang kita pernah sertai...perlu bekalan pakaian, bekalan makanan, ubatan yang mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang bepergian. Kalau pergi 7 hari tentulah beg yang diperlukan besar sedikit daripada keperluan kalau pergi cuma 2/3 hari.. Samalah juga jika dibandingkan dengan bekalan kita ke akhirat atau lebih spesifik lagi bekalan kita untuk menyertai rombongan ke syurga.  Bukan calang2 destinasi tempat..!! Hanya Allah sahaja yang tawarkan perjalanan sedemikian..
 
Tentu lebih banyak bekalan pahala keikhlasan beribadah yang diperlukan. Pertama kerana kita akan dihisab..kitab catatan amal kita akan ditimbang..saya kira tahap kebimbangan terhadap kitab catatan amal kita perumpamaannya sama macam kita risau boss bagi markah rendah dalam prestasi laporan tahunan. ( Perumpamaan ini hanya untuk bagi kamu lebih faham)..

Bila cerita ke tempat baru sudah tentu Kita perlukan peta untuk membolehkan kita menuju ke satu2 destinasi...dan ketahuilah sahabat2 sekelian..peta kita telah dibekalkan oleh Allah iaitu Al-Quran...
 
Peta sudah ditangan..rebutlah destinasi ini..tiketnya adalah Ikhlas dan berserah diri kepada Allah. Sertailah rombongan ini dan jangan ada di kalangan kita yang ketinggalan..Kelak menyesal tidak terhingga..kerana Allah telah berfirman dalam surah Az-zumar..kita akan berpasuk-pasukan ke Neraka dan berpasuk-pasukan ke Syurga..dan bagaimana layanan penjaga pintu neraka dan pintu syurga terhadap ahli rombongan...


69] Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

70] Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan

71] Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

72] (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.

73] Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

74] Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".

[75] Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"


Allahumma inni as aluka ridhoka wal Jannah wa a'auzubika min an-narr..
Ramadhan - Sabun terbaik untuk cucian dosa..

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...