Thursday, August 26, 2010

Dua penghuni Neraka

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:
Terdapat dua golonganpenghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alatpemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagimencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bausyurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”
gambar-api.jpg  
Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.

Sahabat Nabi: Salim Maula Abu Hudzaifah

Pada suatu hari, Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabatnya, “Belajarlah Al Qur'an daripada empat orang: Abdullah bin Mas'ud, Salim Maula Abu Hudzaifah, Ubai bin Ka'b dan Muadz bin Jabal."

Kita sudah berkenalan dengan Abdullah bin Mas'ud, Ubai dan Muadz. Jadi, siapakah pula sahabat yang keempat yang dijadikan Rasulullah sebagai rujukan untuk mengajarkan AI Qur'an?

Dialah Salim Maula (hamba yang dibebaskan oleh) Abu Hudzaifah. Dahulunya, beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli, lalu Islam mengangkat martabatnya, sehingga beliau dijadikan anak angkat oleh seorang tokoh Islam terkemuka, yang sebelum masuk Islam juga seorang bangsawan dan pemuka Quraisy.
Selepas Islam menghapuskan budaya anak angkat ketika itu, beliau menjadi saudara dan kawan rapat kepada orang yang memerdekakannya, yaitu sahabat mulia Abu Hudzaifah bin Utbah. Berkat kurnia dan nikmat daripada Allah ta'ala, ruhiyah, tingkahlaku dan ketakwaan Salim mencapai ke puncaknya, sehinggakan beliau disegani dan dihormati oleh rakan-rakannya sesama muslim.

Sahabat Nabi: Jaafar ibn Abi Talib

Golongan pertama yang memeluk Islam: 

Nama beliau ialah Jaafar bin Abi Talib bin Abdul Muttalib. Manakala gelaran beliau pula ialah Abi Masakin kerana terlalu suka kepada fakir miskin serta berlemah-lembut dan berbuat baik kepada mereka.Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w. Jaafar bin Abi Talib memeluk Islam bersama-sama kumpulan pertama yang mendahului orang lain. Oleh itu beliau tergolong di dalam golongan orang yang awal memeluk Islam.
Penghijrahan beliau ke Habsyah:- Oleh kerana Jaafar dan isterinya Asma' binti Amis menghadapi penyeksaan yang sangat kuat dari kaum musyrikin, akhirnya mereka diizinkan oleh Rasulullah s.a.w untuk berhijrah bersama orang-orang yang berhijrah ke Habsyah tempat Raja Najasyi.
- Setelah Quraisy mengutuskan Amru bin Al-As (sebelum beliau memeluk Islam) dan Abdullah bin Abi Rubai'ah menemui Raja Najasyi dengan membawa hadiah kepadanya dan kepada paderi-paderinya supaya Raja Najasyi menyerahkan kembali muhajirin dari kalangan umat Islam. Peranan Jaafar bin Abi Talib mula terserlah di dalam percakapannya dengan Raja Najasyi. Ummu Salamah r.a yang merupakan salah seorang dari kalangan umat Islam yang berhijrah ke Habsyah berkata: "kemudian Raja Najasyi meminta kami supaya berjumpa dengannya. Sebelum berjumpa dengan beliau, kami membuat perbincangan di antara kami. Lantas sebahagian di antara kami berkata: Sesungguhnya raja akan bertanya tentang agama kamu dan sudah pasti kamu akan membongkar segala keimanan kamu ini, biarlah Jaafar sahaja yang bercakap di kalangan kamu manakala yang lain hendaklah diam sahaja". Ummu Salamah berkata lagi: Kemudian kami berjumpa dengan Raja Najasyi dan kami dapati beliau telah menjemput para paderinya yang berada di sebelah kiri dan kanan beliau dalam keadaan memakai pakaian labuh dan memakai penutup kepala mereka sambil membuka kitab yang berada di tangan mereka dan kami dapati Amru bin Al-As serta Abdullah bin Abu Rubai'ah juga berada di sisi Najasyi tersebut. Setelah kami mengambil tempat masing-masing di dalam majlis tersebut Najasyi terus berpaling kepada kami dan berkata: Apakah dia agama yang kamu cipta untuk diri kamu ini menyebabkan kamu memecahbelahkan agama kaum kamu dan kamu tidak memeluk agama aku dan kamu juga tidak memeluk mana-mana agama dari agama ini?. 

Friday, August 20, 2010

Sahabat Nabi: Abdullah Ibn Umm Maktum

Dia bermasam muka dan berpaling. Kerana datangnya seorang yang buta. Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci? Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu? Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup, maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya. (Surah Abasa 80: 1 – 6)

Kali ini terasa kelainanya. Boleh jadi juga kerana tajuk talk bulan ini tajuk yang paling diminati. Apatah lagi ia membicarakan peribadi generasi yang amat hampir dengan seorang Nabi yang ummi. Abdullah Ibn Umm Maktum si buta yang celik hatinya, namanya terbaris sebagai seorang generasi al-Quran yang unik bahkan kerana dia dua kali ayat-ayat Allah turun membasahi bumi.
Nabi Muhammad saw bersabda: Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit. (Hadith sahih Riwayat al-Bukhari) Bintang di langit peranannya bukan sahaja menemani malam dengan penuh setia tetapi bersinar-sinar dan menjadi pedoman bagi pengembara. Begitulah bandingan sahabat Nabi yang setia itu, peribadi dan sifat-sifat mereka sebagai generasi al-Quran yang amat unik ini menjadi suatu ciri yang boleh dipedomani oleh kita dalam kehidupan.
Dia bersama Mus’ab Ibn Umair r.a meredah padang pasir menjadi golongan sahabat yang pertama berhijrah di Madinah. Bayangkan si buta dan si Muda Mus’ab diberikan tanggungjawab yg amat besar oleh Rasulullah saw. Pejam mata sejenak dan bayangkan seorang yang buta mengatur langkah hijrah yang pertama ini. Bayangkan juga Mus’ab yang memimpin musafir yang penuh bahaya itu. Andai dia tersalah langkah, andai musyrikin menghidu jejaknya, bukan sahaja nyawanya akan melayang, tetapi nyawa saudaranya yang buta dan masa depan dakwah di Yathrib sebelum Rasulullah berhijrah.

Dipendekkan cerita, tidak ada satu rumahpun yang tidak mendengar tentang Islam sebelum kedatangan Nabi. Dan inilah jasa dua manusia unggul ini. Abdullah Ibn Ummi Maktoum dan Mus’ab Ibn Umair.

Setelah Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, baginda menetapkan tiga asas utama dalam pembinaan negara Islam Madinah. Pertama ialah persaudaraan, kedua ialah institusikan masjid sebagai medan dan pusat kehidupan dan ketiga ialah kepimpinan dan pelembagaan madinah. Tiga asas ini menjadi mudah untuk Rasulullah saw laksanakan hasil dari jejak-jejak hijrah yang pertama dan jasa para Sahabat r.a termasuklah si buta Abdullah Ibn Ummi Maktum ini.
Sekumpulan para Sahabat r.a dipersaudarakan oleh Rasulullah saw. Abdullah Ibn Ummi Maktoum ini dipersaudarakan dengan Bilal bin Rabah r.a. Si hitam yang dulunya hamba teraniaya tetapi setelah Islam maruahnya diletakkan sebaris dengan Umar al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Ammar bin Yasir, Ibn al-Jarrah. Malah sebaris dalam saf-saf solat di Masjid yang pertama di atas dunia.
Lalu bersahabat si buta dan si hitam ini. Tetapi mereka ini bukan calang-calang orang. Si hitam inilah yang suara takbir azannya mencecah awan, menembusi langit yang tujuh. Si buta inilah juga dilantik oleh Rasulullah saw sebagai ‘khalifah’ baginda 13 kali banyaknya iaitu sewaktu Nabi mengetuai ekspedisi dan peperangan menentang musuh Islam. Maka madinah dan seisi penduduk menjadi amanah Abdullah Ibn Ummi Maktum sewaktu baginda mengetuai ekspedisi di luar kota Madinah.
Si buta inilah yang dari jauh merayu-rayu kpd Rasulullah, wahai suami sepupuku (khadijah) ajarkan kepadaku apakah wahyu yang turun kepadamu hari ini?
Inilah rutin Abdullah dari kejauhan dan itulah yang berlaku dalam satu pertemuan Nabi bersama golongan pembesar Quraisy sehingga berubah air muka Rasul di atas kunjungan itu. Bukan Abdullah tidak tahu adanya tetamu besar bersama Nabi tetapi jiwanya yang merindui ayat-ayat al-Quran setiap hari menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:

Dia bermasam muka dan berpaling. Kerana datangnya seorang yang buta.
Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci?
Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu?
Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup, maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya.
(Surah Abasa 80: 1 – 6)

Siapakah Ibn Umm Maktum ini wahai Nabiku? Sehinggakan Allah menurunkan wahyu padamu kerananya? Sejak itu, Rasulullah saw dari jauh lagi mengalu-alukan kehadiran Abdullah, ‘telah datang sepupu isteriku yang kerananya turun wahyu menegurku’ .. Ibn Umm Maktum mempunyai pertalian saudara dengan isteri Rasulullah s.a.w iaitu Khadijah binti Khuwailid. Beliau antara penduduk Mekah yang awal memeluk Islam.
Bagaimanakah seorang buta membuat penilaian dan memilih untuk memeluk Islam? Tidak takutkah si buta ini pada halangan dan juga ancaman yang dahsyat dari kumpulan Quraisy? Sudahlah matanya buta, bagaimana sekiranya tubuhnya dicedera atau dipukul dan diazab oleh Quraisy yang berkuasa? Bukankah era dakwah di Mekah ketika itu tertekan dengan suasana yang dipantau dengan ketat, diancam dengan penjara dan azab? Bahkan banyak percubaan untuk membunuh Rasulullah, menangkap para sahabat r.a dan juga mengazabkan golongan miskin yang Islam? 
Mereka ingin melenyapkan cahaya Allah (Islam, al-Quran dan mesej dakwah Rasulullah) dengan mulut-mulut mereka (arahan, ancaman, perintah, kuatkuasa undang-undang dsb), tetapi Allah akan sempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang yang kafir itu amat membencinya. Dia-lah yang mengutuskan rasul-Nya dengan hidayah dan agama yang benar mengatasi agama (cara hidup) yang lain, sekalipun golongan yang syirik itu amat membencinya. (Al-Saf 8-9).
Apabila hidayah dan nur daripada Allah ini ingin menyinar, ia akan menembusi jua walaupun dalam ruang yang sempit. Nur itulah yang membuka mata hatinya sehingga Ibn Umm Maktum sekalipun buta tetapi ‘melihat’ kebenaran.
Rasulullah s.a.w diberi peringatan oleh Allah bahawa Ibn Maktum ini lebih besar harapannya dan jiwanya lebih berkembang dan meningkat menjadi seorang yang suci dan bersih hatinya. Meskipun buta matanya, kalau jiwa bersih, kebutaan bukan beban dan tidak juga menghambat peningkatan iman seseorang. Manakala mereka yang golongan yang telah merasa cukup dan tidak perlu ditunjuk jalan, pintar dan berasa diri lebih kaya, golongan ini bukan lah prioriti untuk diberikan perhatian. Bahkan menurut mufassir golongan ini akan datang kepada agama setelah kemenangan untuk mengaut keuntungan dan ada kepentingan.
Bayangkan sehalus itu kritikan Allah mengajar Nabi s.a.w. Ciri dan sikap Abdullah Ibn Umm Maktum ini lebih wajar untuk dipedomani oleh generasi umat Islam. Manakala ciri kedua pula adalah sifat-sifat yang mesti dijauhi.

Setelah Rasulullah saw wafat, Bilal r.a membawa diri ke Syria lantaran kesedihan yang amat terdapat kehilangan Nabi. Apalah ertinya lagi apabila kekasih yang mulia hilang di mata. Bilal r.a menyertai ekspedisi pembukaan kota-kota dan membawanya sehingga ke utara Syria. Manakala Ibn Umm Maktum terus berada di Madinah sehinggalah saat umat Islam bersiap siaga untuk menyertai peperangan al-Qaadisiyyah iaitu peperangan yang akan menentukan jauh bangunnya empayar Islam dan menamatkan kekejaman Byzantine. Jika tentera Muslimin menang, maka jatuhlah sebuah empayar yang digeruni dan tamatlah penindasan ke atas rakyat dan jajahan taklukannya.
Abdullah yang sejak hayat Rasulullah meronta-ronta untuk ke medan jihad, akhirnya memohon khalifah Umar al-Khattab membenarkan dia pergi.
‘Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seorang yang tetap memegang panjinya. Berikanlah tanggungjawab itu kepadaku.
Aku ini buta, akan kuredah semua di hadapanku, engkau akan perlukan orang yang tidak akan menjatuhkan atau membuatkan panji Islam tergelincir. Orang itu ialah aku. aku akan mara tatkala orang lain mengelak tikaman tetapi aku tidak, dan engkau perlukan seseorang sepertiku’..(ulang Abdullah berkali-kali)

Umar berfikir panjang. Abdullah Ibn Umm Maktum bukan calangan orang. Dia telah Islam sewaktu orang-orang lain termasuk dirinya masih kufur. Dia telah berhijrah sewaktu orang-orang lain masih berlindung di Makkah. Dia telah mengislamkan penduduk Madinah sebelum Rasulullah tiba. Malah dia berada di saf yang awal dalam solat sebaris dengan sahabat-sahabat lain yang mulia. Bahkan kerananya dua kali ayat-ayat al-Quran turun ke dunia.

Maka atas alasan apakah lagi untuk dia menolak permintaan itu. Sejarah gemilang Abdullah di medan tempur ini dirakamkan oleh Anas yang melihat sendiri Ibn Ummi Maktum ini berjuang di bawah ribuan tentera pimpinan Saad Ibn Abi Waqas. Akhirnya beliau diterima sebagai sahabat yang syahid oleh Allah swt.

Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: Apabila menjelang fajar tunggulah azan Bilal bin Rabah, apabila ingin solat fajar tunggulah azan Ibn Umm Maktum. Bilal r.a dan Ibn Umm Maktum ini bergilir saban hari melaungkan azan di Madinah. Itulah rutin dua muazzin Rasulullah s.a.w ini. Cumanya, bagaimana seorang yang buta tahu bilakah waktu solat bermula?
Talk pada hari itu diakhiri dengan penjelasan.. Because he could smell the fajr… his heart beat with the sun.  

Moga-moga Allah menambah iman kita walau hanya sedetik. 

Credit to: www.Cheadek.wordpress.com

Tuesday, August 10, 2010

Islam: taqwa yang kamu pandang enteng

Original post from www.langitilahi.com. Ini salah satu komen dari saudara lobak hijau yang saya rasa boleh dijadikan renungan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim/muslimah yang mentaati titah tuhan rabbul'alamin.

bismillah..
sekadar perkongsian sedikit kefahaman…mungkin ada yang telah disentuh oleh penulis dan pembaca yang merespon..bagaimana untuk kita tidak merasakan taqwa hanyalah perkataan yang bermain di bibir tanpa kita fahami maksudnya..
pertamanya..tak kenal maka tak cinta..mula-mula fahami definisi taqwa..
menurut post sebelum ini..
Taqwa adalah rasa berhati-hati dengan menjauhkan diri dari apa yang Allah larang. Sedangkan Imam An-Nawawi mendenifisikan taqwa dgn Mentaati perintah dan laranganNya. Maksud menjaga diri dari kemurkaan dan adzab Allah Subhanahu wa Ta’ala [Tahriru AlFazhil Tanbih, hal 322]. Hal itu sebagaimana didefinisikan oleh Imam Al-Jurjani Taqwa yaitu menjaga diri dari siksa Allah dgn mentaatiNya. Yakni menjaga diri dari pekerjaan yg mengakibatkan siksa, baik dgn melakukan peruntukan atau meninggalkannya [Kitabut Ta'rifat, hl.68]

Kita perlu ingat taqwa adalah amat berkait rapat dengan iman. malah tingkatan taqwa adalah lebih tinggi dari tingkatan iman

‘“Wahai orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana orang yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu beroleh ketaqwaan” (2:183)

moga-moga orang beriman itu memperoleh darjat taqwa..

Apakah dan siapakah orang-orang yang beriman? terlalu banyak yang Allah tunjukkan kepada umat manusia melalui KalamNya..sebagai contoh dalam surah al mukminun surah ke 23 ayat 1-9
1. Sesungguhnya berjayalah org2 yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,
3. dan merekayang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
4. dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
5. dan mereka yang menjaga kehormatanya,
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7. Kemudian,sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah org2 yang melampaui batas,
8. dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
9. dan mereka yang tetap memelihara sembahyang nya, 

Marilah kita menjengah iman kita sebelum kita mengatakan tentang taqwa.. yang paling utama adalah kita mampu meralisasikan dalam kehidupan bagi membuktikan kita telah beriman kepada Allah..

sebagai contoh aplikasi dalam kehidupan (saya)
-sudahkah khusyuk dalam solat?
adakah solat saya mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar?sudahkah saya memahami setiap bacaan solat?adakah saya mampu merasai Allah sedang melihat saya dalam solat?adakah saya masih mengingati perkara lain dalam solat saya?pernahke saya lupa saya ni tengah rakaat ke berapa?adakah saya mampu menaangis kerana takutkan Allah dalam solat saya?-sudahkah berjaya meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia.. seperti banyak menonton tv yang membuatkan kita melihat aurat orang lain, terlalu banyak mendengar lagu yang melalaikan, banyaknya tidur, terlalu banyak bercakap benda yang tidak berfaedah, jalan-jalan di shopping komplex ~saja lepak-lepak habiskan masa, banyaknya makan, membazirkan makanan, dan sebagainya..

-sudahkah membersihkan harta saya?
zakat itu sudah pasti.bagaimana dengan infak mingguan infak bulanan ataupun apa saja infak..adakah saya sentiasa melakukannya?
-sudahkah saya menjaga kehormatan saya?
menutup aurat mengikut hukum syara’. tidak tergedik-gedik dihadapan bukan mahram bagi yang perempuan. menjaga diri dari tidak bercouple dan menjauhkan diri dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.dan seterusnya..mungkin terlalu panjang untuk dihuraikan.

Jika kita mampu mengaplikasikan ciri-ciri orang yang beriman dalam diri kita..pastinya kita mudah dalam menggapai darjat taqwa. menjauhkan diri dari segala yang Allah larang dan melakukan perintahNya..-yang paling penting adalah amal yang ikhlas dan mengikut syariat-
wallahu’alam.

Matan Arba'in : Hadis 40

Hadis 40

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...