Wednesday, June 30, 2010

Rabbani - Nawaitu




Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani

Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci

Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa

Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati

Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci

Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan…Ku

Matan Arba'in: Hadis Ke-empat

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ ه
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل ه
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ ه
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ ه
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadiseketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Gurindam Fasal yang Keempat

Hati itu kerajaan dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh

Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dan memuji hendaklah pikir
Karena disitu banyak orang yang tergelincir

Pekerjaan marah jangan di bela
Nanti hilang akal di kepala

Jika sedikitpun berbuat bohong
Maka dapat diumpamakan mulutnya itu pekung

Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka

Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah

Barangsiapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar

Barangsiapa perkataan kotor
Maka mulutnya bagaikan ketor

Dimana tau salah diri
Jika tidak orang lain yang berperih

Pekerjaan takabur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih

Gurindam Fasal ke tiga

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita cita

Apabila terpelihara kuping
Kabar yang jatuh tiadalah dumping

Apabila terpelihara lidah
Niscahya dapat daripadanya faedah

Bersungguh sungguhlah engkau memeliharakan tangan
Dari pada segala berat dan ringan

Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fiil yang tiada senonoh

Anggota tengah hendaklah ingat
Disitulah banyak orang yang hilang semangat

Hendaklah pelihara kaki
Daripada berjalan membawa rugi

Gurindam Fasal yang Kedua

Barangsiapa mengenal yang tersebut
Tahulah dia makna takut

Barangsiapa meninggalkan sembahyang
Bagai rumah tiada bertiang

Barangsiapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasya

Barangsiapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat

Barangsiapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

Gurindam Fasal Yang Pertama

Barang siapa tiada memegang agama
Sekali kali tidak boleh dibilangkan nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka ia itulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal tuhan yang bahri

Barangsiapa yang mengenal dunia
Maka taulah dia barang yang terperdaya

Barangsiapa yang mengenal akhirat
Maka tahulah dia barang yang mudharat

Saturday, June 26, 2010

Bekalan..

Kuliah zohor hari rabu..sangat mengesankan..

Ustaz beri analogi yang sangat mudah mengenai bekalan..dia kata sedangkan nak bermusafir kerana menunaikan haji selama 44 hari memerlukan sejumlah wang untuk bekalan semasa berada di tanah suci..paling kurang  RM5000 utk survive  beli makanan dan lain-lain keperluan. Walau utk 2-3 hari bila bawa keluarga berjalan..tentu memerlukan lebih kurang RM1000 untuk menampung belanja makan, hotel, minyak kereta dan sebagainya..In case berlaku kejadian yang tidak diingini seperti tayar pancit dan sebagainya pun dah menyebabkan keperluan bekalan meningkat..

Begitu juga kita..hidup di dunia ini hanyalah sementara..kehidupan sebenar kita belum lagi bermula..perjalanannya sangat jauh dan memakan masa bertahun2 untuk sampai dari alam bapa ke alam arham (ibu), kemudian ke alam barzakh dan akan tiba masa kita dibangkitkan semula pada hari akhirat..kemudian menunggu lagi untuk dihisab di padang mahsyar..

Bayangkan sahabat2 sekalian, kita mempunyai halangan waktu yang sangat panjang lalu renungkanlah apakah bekalan kita sudah mencukupi dan berkualiti sehingga mampu untuk membela diri kita sendiri...?

Pandanglah kasih sayang Allah dari sudut mata hati. Allah beri kita stok pernafasan untuk kita hidup dan bernafas  sehari semalam. Menurut kajian, tempoh manusia bernafas sehari semalam adalah sebanyak 24000 kali. Stok pernafasan yang Allah beri ini adalah tepat dan tidak akan bertambah walau sedikitpun. Tanpa sedar orang yang mati/meninggal dunia kita kata  dia telah  menghembuskan nafas yang terakhir. Bermakna stok pernafasannya telah habis kerana telah tamat tempoh dan dijemput Allah untuk kembali.

Bersedialah dengan bekalan..sebelum nyawa bercerai dari badan 
sebelum hembusan nafas yang terakhir...

Monday, June 21, 2010

Hold My Hand



I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound is sad
Oh no...
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn that blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Hold my hand....

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no...
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbour
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbours
Your neighbour, my neighbour
We're neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Thursday, June 17, 2010

Anak

Lahirmu menceriakan hidupku..
Kau adalah amanah teragung dari Allah..
Limpahan rahmah dan mawaddah..

Keletahmu menghiburkan..
Tawamu menghilangkan keresahan..
Senyummu mendamaikan..

Wahai anak..
Jadilah orang yang  ikhlas dan berakhlak mulia
Doa kami agar kamu dapat merentasi badai kehidupan..
Berjuang menentang musuh yang dilaknat tuhan..

Wahai anak..
Jadilah anak yang soleh
Agar ibu dan ayahmu bisa menumpang kasih
Dalam perjalanan yang perih
menanti waktu yang dijanjikan tuhan..

Metro 9 Jun 2010: 10 gangguan syaitan ketika solat

Tazkirah Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.

Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

Hukum menguap..

Seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami , pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Percayalah pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima – wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita.

Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya?

• Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk… menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.

• Menguap jatuh haram sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya. Lalu kita pura-pura menguap untuk ‘memberitahu’ penceramah kita benci atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk ‘menghalau’ atau menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.

• Menguap hukumnya sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali. Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah. Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi pahala.

• Menguap hukumnya harus dalam mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya, boleh menguap dengan ‘gaya bebas’. Harus hukumnya.

• Bila menguap jatuh makruh? Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah, jika ditinggalkan berpahala pula.

Tetapi AWAS...menguap dalam solat..sebenarnya adalah gangguan syaitan..

Thursday, June 10, 2010

Solat seperti solat Nabi

Bila agaknya kali terakhir kita semak cara kita solat..?
Semasa kita kecil, kita belajar di sekolah agama tentang fardhu ain termasuklah cara-cara menunaikan solat. Percaya atau tidak itulah pelajaran yang kita bawa dari kecil hinggalah dewasa. Fizikal kita membangun dan membesar dengan pesat tetapi cara solat kita tetap sama..tidak membesar seperti yang sewajarnya.

Solat adalah merupakan antibodi terkuat dalam diri setiap muslim dan selama kita menunaikan solat apakah kita kisah sama ada solat kita ini diterima atau tidak..? Apakah tanda2 solat kita diterima?

Firman Allah:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (Surah 29 ayat 45)

Jauhkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar - Allah akan terima solat kita Insyallah.

Mungkar - Ingkarkan perintah Allah contoh tidak menjaga aurat, makan dari sumber yang haram, tidak mengendahkan hukum2 Allah di dalam alQuran dan sebagainya. Kemuncak kemungkaran adalah apabila kita mensyirikkan Allah dengan yang lain. Mendahulukan yang lain dari Allah. Takutkan orang/ situasi  contoh: takutkan boss, kawan2, takut hilang pekerjaan dan sebagainya)

Firman Allah:
"Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah 31 ayat 13)

Bersama muhasabah, mantapkan solat, contohilah solat seperti solat nabi..

Ensiklopedia Sifat Solat Nabi 1
Author : SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI
Publisher : JASMIN
ISBN : 9789675047978
Price : RM55.00



Ensiklopedia Sifat Solat Nabi 2
Author : SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI
Publisher : JASMIN
ISBN : 9789675047985
Price : RM45.00





Wednesday, June 9, 2010

Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis

Dari Muadz bin Jabal dari Ibu Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seorang dari luar rumah:” wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku “Rasulullah bersabda.” Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat Allah bersamanya.” Umar bin Khattab berkata : “izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah”. Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik”.

Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”, Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”
Iblis menjawab: ” Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.

“Siapa yang memaksamu?”

“Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin “.

“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh”.

Allah pun berselawat..

Allah SWT berfirman, : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab : 56).

Dituturkan dari Abdullah bin Amr bin Al-'Ash ra bahwasanya dia (pernah) mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang bershalawat satu kali untukku, maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya." (HR Muslim)

Muhammad SAW - Sang Rasulullah


Dituturkan dari Ibn Mas'ud ra bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : "Manusia yang paling dekat denganku pada hari kiamat kelak adalah mereka yang paling banyak bershalawat untukku." (HR Al - Tarmidzi)

Dituturkan dari Aus bin Aus ra (yang) berkata (bahwasanya) Rasulullah SAW bersabda : "Sungguh, hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumat. Karena itu, perbanyaklah bershalawat untukku pada hari itu. Sebab, sungguh bacaan shawalat kalian akan diperlihatkan kepadaku." Tanya para sahabat, "Wahai Rasulullah, bagaimana bacaan shalawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan jasadmu telah bercampur dengan tanah?" Jawab beliau. "Sungguh Allah mengharamkan kepada bumi untuk memakan jasad para nabi." (HR Abu Dawud)

Dituturkan dari Abu Hurairah ra (yang) berkata bahwasanya Raslullah SAW bersabda, "Janganlah kalian menjadi kuburanku sebagai tempat perayaan, tetapi bershalawatlah untukku. (Ini) karena sesungguhnya bacaan shalawat kalian akan sampai kepadaku. Dimanapun kalian berada." (HR Abu Dawud)

Dituturkan dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : "Tiada seorang pun yang mengucapkan salam kepadaku, melainkan Allah mengembalikan nyawaku, sehingga aku dapat mejawab salam kepadanya." (HR Abu Dawud)

"(Suatu saat) Nabi SAW datang kepada kami. Kemudian kami bertanya (kepada beliau), 'Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui bagaimana kami mengucapkan salam untukmu. Tetapi, bagaimana cara kami bershalawat kepadamu? Jawab beliau, 'ucapkanlah, Allahumma sholi ala muhammadin wa alaa aali muhammadin kamaa shollaita alaa ali ib'rahim. Innaka hamidun majid. Allahumma barik ala muhammadin wa a laa alii muhammadin. Kamaa barokta alaa aali ib'rohim. Innaka hamidun majid (ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sungguh Engkau adalah Zat Yang Maha Terpuji dan Maha Agung. Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkahan kepada keluarga Ibrahim. Sungguh Engkau adalah Zat Yang Maha Terpuji dan Mahaagung)." (HR Al Bukhari dan Muslim)

Taken from the wings of Islam

JAWAPAN KEPADA KEPERCAYAAN MANDI BUNGA..

Kepercayaan di sebalik rawatan mandi bunga ialah ia membersihkan sial atau nasib buruk yang dianggap wujud pada diri yang perlu dimandikan. Oleh kerana itulah selepas mandi bunga, orang yang menjalani rawatan ditegah mengutip atau membersihkan sisa-sisa bahan mandian dari lantai tempat mandi. Konon jika dia mengutip atau membersihkannya, sial atau nasib buruk yang sudah diserap keluar oleh bahan-bahan mandian itu akan masuk semula ke dalam dirinya.
Rawatan mandi bunga, sama ada oleh perawat dan yang dirawat, termasuk amalan syirik kepada Allah. Tidak ada sial atau nasib buruk pada sesuatu benda atau perbuatan, pada seseorang atau pada diri sendiri. Pada zaman Rasulullah saw, masyarakat mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung. Jika burung terbang ke arah kanan, maka apa jua urusan yang mereka buat pada ketika itu dipercayai akan menjadi baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, maka apa jua urusan yang mereka buat pada ketika itu dipercayai akan ditimpa kesialan. Kepercayaan ini dilarang oleh Rasulullah:
“Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910]
Solusi bagi sesuatu masalah ialah berdoa kepada Allah kemudian berusaha untuk memperolehinya. Mandi bunga hanya menjauhkan seseorang daripada Allah, jauh daripada Rahmat-Nya, jauh daripada pertolongan-Nya.

Taken from hafizfirdaus.com 

Friday, June 4, 2010

Kejadian Air Laut dan Sungai yang sebenarnya terpisah

Inilah keajaiban..Maha Suci Allah yang menjadikan sekelian Alam...kekuasaannya meliputi..sains hanya membuktikan zahirnya tetapi Allah lebih dahulu memberitahu kita melalui KalamNya..Laut dan sungai itu pada pandangan mata kasar seperti bercantum..tetapi hakikatnya tidak sama sekali..Fakta tersebut telah Allah SWT sebutkan pada empat belas abad yang lalu dan telah dibuktikan dengan penelitian modern abad dua puluh.


Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran.

"Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman : 19 - 21).

Bukan saja air laut bahkan air sungai juga..subhanallah..!

"Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." Surah 25 (Al-Furqan)

Samudra yang sangat luas itu tetap tidak melampaui batasnya dan tidak mendesak perairan tawar yang lebih kecil. Dibandingkan manusia, samudra jauh lebih besar dan lebih kuat, namun ia tetap rendah hati dan tidak melanggar batas yang ditetapkan baginya oleh Penciptanya.

Boleh baca lagi di sini

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...