Thursday, May 27, 2010

Kejadian Langit yang Allah ceritakan dalam Al-Quran:

Bercerita tentang langit- tentu kita terpesona dengan keindahan yang Allah ciptakan..Tahukah kita bahawa Langit yang kita nampak dari tempat kita itu adalah langit Dunia..dan Allah jadikan langit sebanyak 7 lapisan - inilah yang ghaib - Kita hanya diberitahu melalui quran dan hadis - melalui peristiwa Israk mikraj: Nabi tercinta yang naik ke langit dengan izin Allah selepas mohon kebenaran penjaga langit baginda berjaya menembusi langit pertama dan seterusnya bersama rohul kudus yang mengiringi baginda sampai ke sidratul muntaha..(sahih bukhari) Hadis ini dibacakan dalam kelas minggu lepas...indah dan kagum..sampai menitis air mata..! Allah ceritakan dalam banyak tempat dalam Al-quran dan antara yang boleh dikongsikan di sini..:

Kejadian langit 7 lapisan dan kukuh beserta perhiasan bintang-bintang...
Surah 67- Al-Mulk
Ayat : 3]
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sesuatu yang tidak seimbang; Maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
   
     
[Ayat : 4]
Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu berbalik kepadamu dengan hampa, sedang ia berkeadaan lemah lesu.
   
           
[Ayat : 5]
Dan sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Sememang langit itu Allah ciptakan dengan kukuh dan tanpa tiang:

Surah 13 (Ar-Ra'd)
[Ayat : 2]

Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan.

Adanya penjaga Langit:

Surah 21 - Al-ambiya'
Ayat 32: Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka berpaling.

Wallahu'alam..

Thursday, May 20, 2010

Menangani rasa Enggan Memberi

Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri. Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

A'uzubillahi min qalbi la yakhshak..

Menjaga hati supaya khusyuk adalah tidak mudah..namun mohonlah bantuan Allah..
Kerana Allah sebut dalam surah 107 : Celaka bagi orang yang menunaikan solat dan berkeadaan lalai dalam solat..contoh lalai yang disebutkan ini berbagai2 dan dipermudahkan dalam bentuk gambar yang disertakan bersama-sama ini...

Selamat Beramal.


أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ
[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


ALLAH AKAN GANTI...

24 Jam yang Allah bagi bagaikan tidak cukup...macam2 aktiviti seharian kita..Namun janganlah kita dilalaikan dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Muhasabah diri setiap hari utk melihat kembali apakah amalan soleh yang telah kita lakukan...sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh).

Friday, May 14, 2010

A'uzubillah..

"Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Allah kian jauh...

Bila terpandangkan lirik lagu tu serentak kaki pun bergoyang sama seakan terdengar2 penyanyinya mengalunkan nasyid ini.... Qalb/hati banyak dikaitkan dengan empunya diri..Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari) 

Riya' dalam Ibadah

Setiap muslim perlu mendahulukan dirinya sendiri dalam beribadah kepada Tuhannya..

Amal Ibadah yang dibuat kerana Manusia dan meninggalkan amal Ibadah kerana manusia adalah riya' dan dikategorikan sebagai syirik yang tersembunyi..Mohon Allah bantu kita dalam menunaikan ibadah kita sehari-hari..Jangan Malas Solat dan lalai dalam solat. Orang yg lalai dalam solat dicerca Allah - Paling ditakuti kalau amalannya tertolak..Keseluruhan surah Al-Maun menceritakan perihal orang tidak mahu menginfaqkan sebahagian harta dan yg lalai dalam solat..

Banyakkan bersedekah dan infaqkan sebahagian rezeki kepada orang yg memerlukan..Mudah2an dengan asbab kita menginfaqkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, Dia akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik... Amin!!

Salah satu lorong yang membolehkan syaitan memasuki dada2 manusia adalah melalui sikap riya'

Matan Arba'in: Hadis Ketiga

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
 

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...